Friday, December 31, 2010

Warung King Episode 2

Sakit


Kelihatan kak farah sedang mengelap meja dan membetulkan kerusi di warung king.

Gua : Ola kak farah. Rajin bekerja.Mane laki?

Farah : Laki aku sakit la zul.Demam agaknya. Nanti petang baru nak bawak pergi jumpa doktor.

Adrina Qamarina : What is 'sakit'?Ana don't know.

Gua : Err,hmm.Ah, sakit tu ialah sakit. Sakit.

Adrina Qamarina : ooo.Suck what?

Gua : Sakit.

Adrina Qamarina : Ana tahu la suck it,but what is it?

Gua : Sakit la.Sak ape lagi.grr.

Farah : Mu ni pon satu zul.Cakap macam bangla nepal keling kerja 7 eleven tu. Rina cakap bahasa inggeris mana paham maksud sakit. Mizz Rina,zul sebenarnya maksudkan sakit is sick.

Gua : AKAK!Aiyoyo.Tau la saya sekolah tarak habis.Jangan la puji saya itu macam. Malu la saya.

Farah : Ish budak ni.Sabar je la.Nak hempuk kang menangis tadak pula orang nak cuci kasut tu.

Adrina Qamarina : So where is abam hiro now?

Gua : Makin cakap makin tarak paham saya.Kak farah tolong alih bahasa.

Farah : Ada tidur dalam bilik. Tunggu akak la tu. Mungkin dia kebosanan akak tak layan dua tiga hari ni.

Gua : Pergi la layan dia kak.Kronik dah tu.Kasihan abam hiro.

Adrina Qamarina : Ana want to sambung blogging.

Hiro : Miss Rina,are you a doctor?I'm sick.Please help me.

Adrina Qamarina : Do you need a treatment?I'll bring my tool kit.

Farah : Deme tak payah nak bawa spanar ke skrew drebar ke.Hiro ni kalau sakit hentak pakai kerusi je.Kan laki?

Hiro : Eh bini,bukan masuk bilik ke tadi?

Farah : Amboi amboi amboi,aok ni,baru masuk bilik nak tengok aok aok dah keluar menggatal ye?Meh sini bini nak bagi ubat sakit seminggu.

Itulah dia lelaki.Sungguh tipikal.Apabila berjumpa wanita mesti nak mengorat ataupun bersembang.Tapi bagus juga lelaki tu mengorat,buatnya dia tanya 'saudari,dada lu pink tak?' Ape kome nak jawab?Keh keh keh

Contest Nak Menang Blog Header Makeover

Assalamualaikum.
Salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Bismillahirrahmanirahim.

~Dear readers~

ARGH!!! Kenapa gua tulis macam kak rina pulak ni?Grr. Rasanya daripada tajuk yang gempak tu pun lu tahu apa gua nak tulis bukan? Kalau xtahu jugak meh tengok sneak peek ni.



Amacam?Gempak bukan?Tarikh tutup pun dekat je. Disebabkan inilah kali pertama gua masuk contest sebegini rupa, gua masuk last2 minit. Ada luck bak kata mak cik eton belacan. 

Tujuan gua masuk ini contest ialah untuk menukarkan blog gua kepada blog gua. OK,ada paham?Bagus. Gua sebenarnya teringin sangat nak tukar header blog kat atas tu. Tiap kali gua baca header gua sendiri,gua rasa macam blog ni hina gua. Ada ke patut header tu tulis,JOM BLOCK BLOG NI. Haru gua baca benda tu.

Gua sebenarnya jeles dengan Hiro,Jambz,Kak rina pasal diorang boleh buat header sendiri.Cantik pulak tu. Belum lagi kalau dibandingkan jelesnya gua dengan header Hamzah yang berbentuk flash direka cipta sendiri oleh kawan selucahannya walau sedikit malu iaitu ayeem.

Jadi,gua di sini dengan rasa berbesar hati dan tawar hati ingin mengatakan bahawa gua dah tak sabar kawin menang header baru sekali dengan makeover blog biar blog gua nampak mengancam. Bukan macam sekarang ni,tengok kiri hitam,tengok kanan hitam,tengok entry pun hitam. Habis hitam muka awek2 yang usha blog gua ni.Kuikuikui.

Jadi kak sri, jangan la tawar hati sangat nak bagi gua menang. Kak sri kan cantik. *Ini bukannya ayat nak mengorat.Gua cuma nak membodek. Kalau mengorat pon alih2 kak sri panggil aku adik jugak.GRR.Tapi gua rasa gua tak menang kot pasal kak sri bukan kenal gua pun. Nak kata follow blog gua lagi tidak. Gua kenal kak sri pun sebab terbaca lam entry ayeem je.Then,tanya pulak kak rina,barulah buat entry ni.

Rasanya cukup la sikit2 gua mengarut kat entri ni. Nak melucah memang tak reti. Jadi mengarut je la. Harap-harap kak sri bacalah entri-membodek-lagi-mengada-ngada-nak-header-baru-free-yang-cantik-molek-lagi-best-dari-kak-sri.

Jadi gua ingat nak akhiri entri kontest ini dengan assalamualaikum.

P/S:Kak sri memang cun.Ayeem yang cakap.
P/SS:Sape sedar perenggan 6 baris dua gua gunakan aku sebagai pengganti gua?Meh sini abam bagi penampor.Hahaha

Wednesday, December 22, 2010

Hikayat Teorem Pithagoras Chapter 1

Upload complete.Sign out now?


'Cepat la Ari.Kelas nak mula dah ni.' kata Mimi dengan tergesa-gesa.

'Sabor ler cik mimi oi,nak sign out ni.'jerit Ariana.

'Sign out ke check out ke cepat ler,kau ingat kampus ni bapak kau yang punya nak tunggu kau bersiap.Ish mak cik ni'

'Ye la.tak sabar-sabar.'Usik Ari

~~~~~


'Roi,betul ke ni kampus yang kita dapat tu?besar semacam je'

'Syaz,berapa kali aku nak cakap,its no ROI,its ROY. Ko tak paham bahasa ke?

'Ya Allah Roi,nama kau Roi ke Roy ke sama je.Nama penuh kau Boroi juga. Masalahnya sekarang ni kita dekat mana? Soalan aku bukan kau nak jawab.'

Roy tersenyum.'Syaz,selagi kebenaran nama aku tak ditegakkan,aku tidak akan sesekali jawab soalan kau.'

'Susah betul la bermadah dengan kau ni Roy. Mengalahkan bekas awek aku. Apa azam kau masuk kampus baru ni?' Tanya Syaz kepada sahabatnya.

'Aku ingat first nak belajar.Agak-agak level IQ aku sama taraf dengan einstein,aku nak postpone belajar kemudian cari AWEK. Priority utama tu.'Kata Roy dengan bangga.

'Kepala hotak kau azam baru.Dari tadika lagi azam kau sama je'kata Syaz dengan nada marah.

'Hehe'
~~~~~~

'Baiklah,kita berhenti kelas di sini' Kata cikgu linda.

'Wei Syaz,kau usha tak awek sebelah yang pakai spek tadi tu?'

'Yang nama Mimi tu?Ada tengok tadi,kenapa?'

'Aku ingat nak pergi tegur dia ar.Kau tunggu aku kat luar'

'Ok.'

Setelah lama menunggu Roy,Syaz pon mengambil langkah untuk menelefon kawannya itu.Tiba-tiba,

'Hai Syaz,ingat I tak? Suara yang merdu menusuk gegendang telinga Syaz.

'Eh,Awak kan....'

Bersambung......

Tuesday, December 21, 2010

Warung King Episode 1

Pengenalan


Adrina Qamarina : Excuse ana sir,ish this kampung baru?

Hiro : A'ah,kamu ni orang mana.Nape kamu datang ke sini?

Adrina Qamarina : Ana is a foreigner.Ana is 'karently' studying at University of Tanta in Egypt. Ana is finding ana's new house.

Hiro : Kamu ni orang mesir,pehal cakap bahasa inggeris? Nak berlagak depan aku yer?grr.

Adrina Qamarina : No sir. Its not ana don't want to talk arab,but this writer of the story don't understand arab even a 'sepatah haram'. Ana's name is Adrina Qamarina. Just call ana rina or nana.

Hiro : Oh.Banyak sungguh na.Orang utara ka?

Farah : Saper ni laki oii?

Hiro : Orang luar negara aka orang utagha bini oii. Nama pok cik Busu.Gerai ni pok cik la yang bukak dan usahakan dengan bini pok cik.Tapi tu kisah pok cik.Nama I hiro. Panggil je abam hiro.Nak no telefon x??.*Sambil mengenyitkan mata.

Farah : LAKI!!!GRR.

Adrina Qamarina : What's are all you guys saying?Ana don understand.

Farah : Boleh pulak mu buat2 xpaham. Xper,i xmarah kat you.I marah kat laki I je.Nama I farah.Nice to meet you.

Hiro : Jadi honey xmarah laki la kan??

Farah : Awak jangan nak cakap pasal madu ye.Saya cukup geram lau cakap pasal madu honey ni.Tampaq satgi ha!!!grr

Gua : Ayoyo,hujan tada ribut tada,tapi bising ada juga ini pagi. Ini kalau x gaduh mesti berebut hartanah ni.Abam hiro,apa pasal bising ini pagi??Warung terbakar ke apa?

Farah : Kau tengok laki aku ni.Baru kawen sebulan dah ngada nak bini baru.

Hiro : Manada sayam,I cuma nak berkenalan dengan rina ni je.Hati I hanya pada U sayam.

Adrina Qamarina : Who are you?Ana never see you befour.

Gua : Saya ka?Saya zul nama juga.Tadi sebelum sampai sini ada nampak itu signboard bukan?lepas itu sign board ada itu Shell nanti ada nampak satu restoran Taj Mahal then nampak itu ladang lembu.Belakang itu ladang lembu ada nampak kibas bukan?Lepas itu simpang nampak itu koner kiri masuk kampung bukan?Dalam itu kampung ada satu banglo besar 10 tingkat bukan?sebelah itu banglo ada gerai bukan?Itu bukan gerai saya.Saya cuci kasut tepi warung ini juga kerja.

Adrina Qamarina : *blur

Hiro : Mizz Rina,mari duduk sini bersembang dulu meh....

~~~~~

Agak2 hiro marah x kalau gua sambung ini story??
keh3....

Aku mahu topup FREE!!!

A

Assalamualaikum semua.
Ni ada lagi satu contest yang gua telah dapat.
contest pasal topap free yang di anjurkan oleh humblemodest

nak tag:

Jambz
n
Hiro

P/S:pendek gila entry contest aku.tapi sebab contest ni macam cabutan bertuah,buat panjang2 pon buat penat je kan???


PP/S:first entry yang aku mula dengan salam.keh3....


Assalamualaikum

Monday, December 20, 2010

Tahniah

7 Tahun Dahulu,

Atuk: Uni,Nabila, mai makan tengahari cepat. Atuk dah siap masak dah ni.

Gua : Ye tok.

Atuk : Cepat la,pak su kamu dah tunggu ni.

Gua : Pak su??

*Guling-guling atas lantai sambil buat tangan berbentuk pistol ala2 stuntman hong kong

Atuk :Ni la paksu kamu.Dia baru balik rumah ni.

Gua: Pak su baru balik dari mana?

Pak su : Pak su baru balik dari kerja la.Dekat lumut. Pak su kerja marin.

Gua : Binatang pa tu lumut?*getus gua dalam hati. Tokwan gi mana tok??

Atuk : Tokwan kamu tu pergi meniaga kat market la.

~~~~~

Sekarang,

Gua pergi tegur dan salam cium tangan.

Pak su : Sayang,ni la budak yang mak I jaga waktu dia kecik dulu. Jaga waktu dia tadika. Kira macam anak saudara angkat la.

Gua : Wow.Kek tiga tingkat!*kata hati gua.

Pak su : Hah uni,ni la mak su kamu.

Gua : *Thumbs Up

Abang gua : Selamat pengantin baru pak su.Tahniah.

maksu baru gua.Cun x?ala2 hanis zalikha gitu.


hebat gak jadi marin ni.Kawin siap ada kawad2 lagi. Papepon selamat pengantin baru pak su.

Lu jangan nak ngengade nak panggil gua uni.panggil gua zul.Kalau panggil gak uni gua bagi sepakan kencang-kencang kat lu.

Thursday, December 16, 2010

Pasar Malam,Petang,Jahanam (PPS)

OK,gua nak story satu cerita kat lu orang semua.

Cerita ni berlaku pada tahun 2010. Yakni tahun ini.

Sebelum itu,gua nak promote dulu contest Jambz.




WARNING
This content maybe not appropriate for childen under 1 years old.
Parental guidance for all 'bohsia' and gay are absolutely 'good'
Please read with patience and a cup of coffee in case you are bored
But i suggest you get variety bucket cause you are going to get hungry reading this
Isu-isu perkauman mahupun politik tiada di sini
Harap Maklum

Tuesday, December 14, 2010

Tanda Anda Seorang Remaja

Awal Remaja (13-15)

Lelaki



  • Nerd
  • Suara pecah dan garau
  • Playboy
  • Kuat bersukan
  • Suka membaca buku
  • Dibuli di sekolah
  • Kuat menipu
  • Badan berbulu
  • Mula menggatai
  • Start kapel kapel
  • Belajar agama
  • Gi tengok wayang
  • Sama tinggi dengan ampaian
  • Lepak lepak dengan kekawan
  • Pergi cc tak balik rumah

Ok,tu kalau lelaki.kalau perempuan pula?


  • Nerd
  • Suara xpecah mahupun garau
  • Playgirl
  • Kuat bersukan
  • Suka membaca novel2 cinta terutama sekali dari HLOVATE
  • Dingorat di sekolah
  • Kuat mengumpat
  • Baju lama semakin sendat terutama sekali bahagian dada
  • Jejalan kat mall shopping
  • Xmeninggi


Pertengahan Remaja (16-17)

Lelaki



  • Still lagi nerd
  • Still juga lagi playboy
  • Masih kuat bersukan
  • Bertambah bulu badan
  • Tukar dari spender ke boxer
  • Still couple
  • Tinggi ilmu agama ala-ala imam muda
  • Main futsal malam2
  • Ambik lesen motor
  • Gi merempit
  • Masuk sekolah asrama penuh
  • Cemerlang dalam kehidupan
  • Masa depan cerah


Perempuan



  • Kurang sikit nerd
  • Bertambah playgirl
  • Sukan jenis lompat2 (abam hiro suka tengok)
  • Semakin memakai pakaian sendat
  • Saiz coli makin membesar
  • Bakal menjadi ustazah yg cemerlang hidup dunia akhirat
  • Lepak kat dataran merdeka time merdeka
  • Menjadi model sendiri menggunakan DSLR (sumpah gua xjeles)


Akhir Remaja (18)

Lelaki



  • Mendapat keputusan yang cemerlang
  • Mencari kerja sambilan
  • Menuju ke menara gading
  • Tinggalkan awek 
  • Hidup merana
  • Jadi artis
  • Imam muda
  • Selalu pergi ke surau/masjid


Perempuan



  • Dapat keputusan 'A'
  • Sama cam lelaki gak
  • Masuk menara gading
  • Tinggalkan pakwe
  • Hidup sengsara
  • Jadi model terkemuka (upgrade dari model sendiri)
  • Makmum muda
  • Selalu pergi the Zouk
Kesimpulannya, ada pelbagai jenis ragam remaja. Gua hanyalah pada tahap awal remaja sahaja.Dalam menjalani liku-liku kehidupan, kita mestilah bersabar. Bukan semua orang sempat menjalani kehidupan sebagai remaja.

P/S:Segala contoh di atas adalah rekaan semata-mata. 
Tiada kena mengena dengan penulis entri mahupun pembaca blog.
Yang bab coli tu tanya abam hiro.
Dia pengkaji coli.
Keh keh

Adeline Tsen,Lisa Surihani,Maria Ozawa

'Mat,lu kenal x Adeline?' tanya gua.

'Adeline mana pulak ni?' member gua jawab.

'Ala,Adeline Tsen,takkan lu xkenal.yg berlakon dalam  cerita Hotel Mania tu' sambung gua.

'xkenal arh.Kenapa??'

'Saja tanya.lu kenal Lisa Surihani??'

'Kenal la.mana boleh xkenal.Pujaan hati jejaka malaya tu.'

'Best ke Lisa berlakon?'

'Well,filem yang gua pernah tengok jangan pandang belakang congkak n jangan pandang belakang congkak 2,pastu LBS ngan i'm not single.Best ar gak filem2 dia.'

'(amboi,speaking lak member gua sorang ni)Filem ape yang paling kau minat?'

'Of COZ!Jangan Pandang Belakang Congkak 2.Best bila lisa reject semua keinginan tok moh.Muahahahaha.'

=.=

'ok,last question,lu kenal x Maria Ozawa?'

'Gila lu gua xkenal.Gua number one in a million fan terawal dia bro.Semua movie dia gua layan stim je tengok.Dari filem jepun sampai filem indonesia.Sekarang gua tengah tunggu filem beliau dengan ariel peterporn pasal itu hari gua baca dalam paper maria nak jemput ariel berlakon.Dia memang JAV idol terbaik arh.'

'Cisdel lu.xde benda lain ka nak layan hah??grr'

Bengang je gua dengan jawapan beliau.Artis malaysia dipandang rendah manakala artis jepun beliau sanjung tinggi.Cam shilake perangai.

artis baru ABPBH

Idaman jejaka malaya seantero.Korang toksah dok try la.sah2 xdpt..
Hak hak hak
dah2.toksah duk tenung lelame.kang stim saper susah??
har har har


Lu bebudak baik jangan duk gatai tangan nak google maria ozawa ngan jav idol tu. Mengarut je semua itu. Melemahkan akidah. Gua sepak kencang-kencang je kalau lu google jugak.

TAPI!!!(ada tapi yer) Kalau lu nak google jugak (sangap probably) gua tak halang.
Pastikan lu orang bukak speaker sampai full and search video,baru puas.
HOHOHO.
Keh keh keh.

*Sebarang kecederaan atau kelebaman mata atau mati pucuk adalah tanggungan sendiri.(Sapa suruh lu google jugak. Grr)

Kesimpulannya: Lu jangan la google. Bak kata Hiro,Katakan tidak kepada mati pucuk. Biar mati anak,jangan mati pucuk. Lu tanak anak ke bro?

Keh keh keh

Saturday, December 11, 2010

Kerna Si Dia

~I don't want much~
~I just want everything~

'Halo?'

'Ola'

'Yo'

'oit2,ko wat per?aku tengah rehat ni.'

'aku tengah tido'

'HAH!!!?TIDOR?!!?dah kul sebelas le...dua belas setengah dah.Ko leh tidor lagy'

'haha,semalam aku xtido la'

'xtidor?ko wat per?'

'men IMVU.hak3......'

'k ar,aku nak gi dah ni.tata'

'bye2.'

Persoalan gua sekarang nih,salahkah seorang lelaki yang macho baik la jugak untuk bangun lambat?Bukan semua lelaki sama ke?Kalau gua bangun awal pon last2 gua tidor balik.Baik gua tidor je terus.Senang cerita.Gua solat subuh k.Seyes.Tengok muka inesen gua.

'_________'

Inesen bukan??(Sumpah cam muka katak.)

Jadi,gua dah buat azam baru sempena maal hijrah ini,gua dah bangun awal.Asalkan awal lagi dari 12.30 ok ar..
Hua hua hua

Friday, December 10, 2010

Contest Kesayanganku

kesayangan?

arghhh....
tidak..
Gua xsayang mane2 awek pasal gua takde awek2 nih.sekarang kiter citer pasal kasih sayang la ye.kasih bermaksud perasaan sayang atau cinta manakala sayang bermaksud mengasihi atau mencintai.lebih kurang je maksud mereka.(credit to kamus dewan edisi ketiga)

ok,bab sayang2 memang gua lemah,tapi semua orang tahu kan gua sayang sape.sayang parents gua.sayang allah,sayang rasulnya,sayang agamanya.semua la gua sayang.

jgn tanya gua yg mana gua dan yg mana gua sayang....
dan gua juga sayang

tgn kanan gua....dan jugak bintang tersebut
gua pon xtahu nk tag saper,jadi gua tag Hiro dari warung king S.C.

Jom la join contest ni

Tuesday, December 7, 2010

Mark Zukkerberg Mati Terkentut

tajuk xley blah....
har har har.....

skrg gua tgh xpuas ati ngan mamat nama mark zukkerberg tu.gi mampus la.lu orang kenal sapa mamat tu?xkenal?kesian.

kalau lu orang nak kenal klik ni
eh silap,yang ni,best kan?xpa2,mark zukkerberg sebenarnya adalah ini.

kenapa popular sangat mamat nih?pengaruh filem terbarunya kah?tapi gua xminat la lelaki ni.kalau lu kata lisa surihani berlakon gua usha la.haha.

tapi apsal gua tulis pasal beliau?sebab gua rasa nak sepak je manusia bernama mark zukkerberg tuh(entah betul ke x nama dia ni)sebab?sebab ciptaannya.apakah ciptaannya?facebook.apa yang facebook buat kat gua?block gua.dem dem dem dem.kejadahnya gua tanya pastu gua yang jawab.grr

papepon layan jer gambar bawah ni

lau korang xnmpk pakai spek yer...
korang xnampak?naseb korang la..
sekarang gua nak gi cari mark zukkerberg.dem lu mamat cendawan.
profile baru idea mark zukkerberg,abaikan hamzah ian tersebut.
har har har

Sunday, December 5, 2010

Hobi

sekarang gua dah ada hobi baru.....

iaitu mengacau Ddr sebelum diblock beliau......

korang join la sekali....

haha.....

Ddr



Gua belum like tetapi pada masa yg sama gua berada di dalam group insan2 yg like.
Ini bermakna gua diblock bukan??
hua hua hua..........

Cabaran



  • Pergi ke fanpage beliau melalui facebook anda
  • Like
  • Puji beliau sebaik mungkin
  • Kemudian,tulis cendawan pada wall fanpagenya
  • Jika post anda bertahan lebih daripada 5 minit,anda memang hebat
  • Percayalah,DDr online 24 hours
  • hua hua hua


*gua tulis cendawan pada wall beliau tetapi tidak sempat untuk print screen kerana Ddr telah berjaya mendelete dan menblock gua dalam masa 36 saat.


Tahniah untuk Dr Rozmey dari gua.

Saturday, December 4, 2010

Give Away Domain dari Sumijelly & Sekilass

information yg gua dapat dari Hamzah dan Kak Sumijelly


ok,give away domain.sumpah gua tak tahu apekebendanya domain tu.

Gua nak domain sebab orang lain pon ada domain gak.gua sebagai kanak2 atau lebih tepat lagi awal remaja ingin mengetahui apa itu domain.

Jadi gua tulis entry ini untuk kak Sumijelly dan kak Sekilass(gua tak tahu nama betul)

Gua nak tag:

(Betul ker cara gua tag ni eh??)

Cabutan bertuah ye??bertuahkah aku?hmm....

Nak Join?



  • Buat entry bertajuk “Giveaway Domain dari Sumijelly Sekilass
  • Jangan lupa letak BANNER dalam entry
  • Tulis kenapa anda ingin DOMAIN itu? Kalu dah ada domain sila bagi tahu, bila domain korang akan tamat?
  • Tag 3 orang jer
  • Tinggalkan link di BLOG SEKILASS (wajib)

  • Pemenang dikira berdasarkan cabutan BERTUAH! (nombor akan diberi selepas link diberi)

jadi lu orang masuk la sekali ye....

Thursday, December 2, 2010

Semua Orang Suka Nasi Lemak

betulkah??
good ye bagi sesiapa yang suka nasi lemak.gua pon suka.mak gua pon suka.ayah gua pon suka.

kk.sekarang gua bukan nak cerita pasal nasi lemak.gua nak cerita pasal sekolah.Dekat sekolah gua ada la sorang budak yang agak cun namanya dirahsiakan.Beliau sememangnya menjadi pujaan ramai.Argh...

cerita panjang pon tak guna.Satu hari,gua tanya la secret admirers aka kawan-kawan sejenis gua.Gua interview budak 3 orang yang tengah lepak kat belakang kelas.

Gua tanya mamat A,'Lu minat apa kat minah tu??'.Lalu mamat A menjawab,'dia cantik bro.'

gua tanya mamat B lak,'Lu suka apa pulak?'.Si B jawab 'muka dia putih suci lagi berseri macam kambing biri-biri wa cakap lu'.

Okeh,tu pendapat dua orang mamat ni.yang gua tak tahan pendapat mamat C.

'Lu lak C??'mamat C menjawab,'Pergh bro,nasi lemak dia besar,gersang gua tengok'. Tercekik gua dengar jawapan si C walaupun tiada apa2 dalam mulut gua. A dan B lak boleh backup,'a'ah bro,kitaorang pon usha gak nasi lemak dia'.

Bila masa pulak dia berniaga nasi lemak ni??,tanya gua dengan muka inesen.

C pun menjawab, 'Siput tol ko.tu pun tak paham ke??cutting badan dia la.B=36 W=28 H=27.Ingat semua orang ada cutting badan camtuh??grr...'

Sekali lagi gua jawab dengan inesen,'Lu kira Volume ka??siap dengan formula B(Breadth)xW(Width)xH(Height) lagi.'

Lima saat kemudian,muka gua berbekas tamparan.

Morale of the story:

Semua orang suka nasi lemak.har har har.....

Wednesday, December 1, 2010

Sudah

ok,gua nak tulis pendek je malam ni.sekarang gua tengah study cerita Katekyo Hitman Reborn.memang besh tapi lain kali la gua buat review.har har har.

niat nak tulis pendek jer ye malam ni.tanak panjang-panjang.gua tahu blog gua ni bohsan.tetapi gua tulis jugak.apa aktiviti korang time2 cuti ni??gua duduk rumah lepak je rasa bosan lak.

buat kali ketiga gua ulang.gua nak tulis pendek je entry ni.Pehal Jambz xupdate2 lg nih??grr.

dah,gua nak tulis pendek jer.selamat tinggal blog.walaupun kau sungguh gelong,kau tetap my only blog.cheit,cam shilake ayat gua.

Monday, November 29, 2010

Gelong

grr....
gua tak puas hati dengan timing blog gua.jadi gua nak buat eksperimen untuk mencari kebenaran.


gambar ini adalah entry gua sebelum ini.seperti yang dibujurkan(cam shilake ayat)waktu gua siap menulis entry adalah berbeza dengan waktu sebenar.

sekarang gua akan cuba bandingkan dengan blog insan2 yang lain.


nampaknya timing blog Eyriqazz adalah sgt betul kerana beliau telah menyiapkan entry tersebut pada lebih kurang 25 minit yang lalu.
pada link blogger gua,masa yang ditulis adalah 24 minit yang lalu.jadi masa bagi blog eyriqazz adalah betul.dem...grr.

Sekarang gua hack blog Hamjah dan tiru gaya beliau gelak.har har har.(argh...demmit.)


and waktu dia siap tulis entry


dem....
adakah blog gua sorang yg xbetul timing???
grr.....
time2 camni la Jambz ngan Ash tanak update blog...

jadi kepada sesiapa yang tahu cemana nak perbetul benda ni sila tolong gua.terima kasih.

NICE giler entry gua ni.

Sunday, November 28, 2010

Testing

Gua saje nak testing.dah tak ada sebab laen selain lain.

kepada Jambz,ko jangan tanya motif gua.

gua dah takde motif.

Saturday, November 27, 2010

Jari gua lebih

yeah....
gua ada jari lebih,so what??
cam la jari gua leh makan orang...

kalau first time orang jumpa aku semua greet ok jer.lepas nampak jari aku,ada yg takut,ada yg jeles,ada yg masuk jamban berak jap,ada yg hantuk pala kat dinding,ada yg pegang2 tgn gua walaupun bukan muhrim(sumpah best lagi2 kalau perempuan)ada yg usha gua jer.

ni lah antara soklan2 yg selalu gua dapat.jadi gua akan jawab sekarang.

Soalan: Eh,ape bende yg tergantung terjuntai-juntai tu??conec ker???peliknyer.

Gua jawab: Ni jari lebih.Allah bagi.

Dalam hati: Kalau gua jawab conec lu caye ker???


Soalan: Eeee.xgeli ker pegang benda tu?

Gua jawab: Naper nak geli pulak?

Dalam hati: Gua lagi geli dengar soalan ko tu.


Soalan: Sejak bile ko ada jari lebih ni??

Gua jawab: Sejak azali.

Dalam hati: Sebenarnya gua sendiri pon tertanya-tanya.


Soalan: Jari ko penah sangkut x?Sakit x??

Gua jawab: Entah,xpernah lagi sangkut kat mane2.

Dalam hati: Ko rase jari ko kalau sangkut sakit x?


Soalan: Kecik2 dulu ko mesti hisap jari ni kan??ko xhisap punye ibu jari.

Gua jawab: Manade.gua normal.

Dalam hati: Ala kantoi.


ok.tu yg bagi soalan2 normal.ada gak yg bagi soklan yg agak xnormal bagi gua.

Soalan: Jari tu kalau potong sakit x?

Gua jawab: Gua simpan jari ni.xtau potong sakit ker x.

Dalam hati: Mesti la sakit.dem...grr..


Soalan: Kalau operate keluar darah x??

Gua jawab: Xkot.

Dalam hati: Dey,apekebengap sangat soalan ko tu.mestila keluar.


Soalan: Xputus ker jari tu??takot aku.

Gua jawab: X

Dalam hati: Masyallah.kalau putus cemana kau boleh tengok lagi..grr....


tapi ada bestnya gak..kekadang ada makcik2 gerai makanan puji gua.


  • Ni mesti ada kelebihan ni
  • orang pandai jer ada jari lebih(gua bangga siot..)
Ustaz fardhu ain gua ada pesan (fardhu ain tu madrasah la.pesal panggil fardhu ain pon gua xtahu.)

Jaga jari tu baik2.Mungkin satu hari nanti akan ada kegunaannya.


Gua bangga dengan jari gua.

Friday, November 26, 2010

grr...

skrg 12.45 minit tengahari jumaat.kul 1.05 minit petang azan zohor.

dah2.gi semayang jumaat.

Time2 camni pon nak baca entry lagi.


ps:pekejadahnya gua tulis time tengahari tapi jam kat bawah tulis 8.44 PM???dem....

Thursday, November 25, 2010

Khas Untuk Hamzah Ian

punya la semangat gua bangun pagi tadi,terus on fesbuk,baca semua notification sampai la penat membaca.rehat jap pastu sambung balik membaca.

tetiba terbaca profile Hamzah Ian sambil minum air milo pagi tadi.baca punya baca punya baca punya baca punya baca punya baca,gua tersedak apabila melihat gambar di bawah.


berguling gua baca komen2 pasal kegagalan hamzah men'tag'kan video lawaknya.lebih banyak orang yang gelak sebab cara hamzah tag video amatlah unik sekali.hua3...

huh...ok,sebelum mejah bengang ngan gua,baik gua berhenti.setiap manusia gerenti buat kesilapan.bergantung pada kitalah untuk ikhtiar jalan penyelesaiannya.(gua backup lu bro)kepada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut usha lah link ni.ada lebih banyak maklumat dari blog gua.

akhir kata dari gua,lu memang berbakat nak buat lawak bro.

dari seorang blogger
-Zul UnicBoyz

Wednesday, November 24, 2010

Islam hanya pada nama

wow...tajuk seyes bebenor....tapi ada betulnya gak..islam sekarang ni hanya pada nama sahaja.

"gua hidup sebagai personal doctor ni memang best giler.nasihat mak bapak gua xambil kisah pon.sekarang gua hidup maju jugak dengan kehidupan gua sebagai sampah masyarakat.nanti gua dah nak mampus gua taubat la"

"race malam ni gua punya.setakat lawan rxz catalyzer lu tu,lu boleh makan asap ex5 gua je.gua bet rm5000.ape??ingat islam xboleh betting ker??ke lu takut kalah???"

"tengok awek aku.berpuluh-puluh.semua aku kenal pakai fesbuk,maispes,taggggeedd,twitter,blogger,tumbel.aku letak gambar six pack aku je.pastu aku tinggal no phone aku.bukan berdosa pon mengorat pakai phone."

itulah situasi yang biasa dalam kehidupan sekarang ni.macam gua sendiri,blogging dan fesbruking tiap2 hari.
tapi gua rasa Islam itu mudah,simple,seronok,dan best.

igt agama lain seseronok Islam ker??agama lain mana boleh solat di merata tempat.mesti di tokong,kuil,gereja atau tempat2 beribadat yang lain.kalau Islam hanya perlu berwuduk dan solat menghadap kiblat di tempat yang suci.suci bermaksud bebas dari segala hadas kecil mahupun besar.

maksudnya,korang nak solat di kaki lima pon boleh,tetapi kenalah lapik lantai dengan kain yang bersih.
jangan jadikan surau tiada sebagai alasan.



nasib baik kat ic dia xder Islam...
rawwrr!!

Monday, November 22, 2010

Hari Raya Aidiladha

haha...
gua agak terlambat buat entry ni.tapi xper sbb bkn ada org baca dan kisah pn....

hari raya aidiladha aka korban sememangnya seronokkannye.gua sendiri pun seronok sebab sempat dikurniakan nyawa untuk raya kali ni.macam biasa,gua bangun pepagi terus mandi untuk solat hari raya.keadaan kat surau atau masjid memang sesak.bermacam jenis pakaian orang lain pakai gua tengok.

seperti tahun-tahun sebelumnyer,imam akan mengajar cemane korang nk solat sunat hari raya aidiladha ni.then,sumer orang solat berjemaah.gua muka newbie dan nerd lagi macho dan hensem ni terpaksa duduk saf belakang sebab lambat.habis solat,gua tengok semua orang xkeluar lagi.untuk menjaga maruah gua,gua stay jer dalam surau tu dengan kesabaran.

time tu khatib lak bagi tazkirah/ceramah/syarahan/khutbah/ucapan/nasihat kepada semua pendatang2 yang asing mahupun tidak asing.yang gua xtahan tu boleh pulak brader sebelah gua buat port nak sembang sebelah gua.sembang bukan main rancak lagi.mengalahkan khatib berkhutbah.kalau xmau dengar keluar je la.ni sesajer nak menambah dosa bersembang time khutbah.pada pandangan gua,mungkin diorang ingat diorang akan hidup sampai tahun depan dan beraya sekali lagi kot.saje bikin gua panas.grr....

bersyukur la kita dapat beraya tahun ni.bukan semua orang dapat beraya.

Saturday, November 20, 2010

Tangkap Basah

pergh...sengal giler tajuk....

selasa lepas gua dijemput oleh beberapa remaja untuk menyertai aktiviti gelap(what??)tapi kenapa gua dijemput???gua ni budak jahat ker??

kk.gua sebenarnya di ajak oleh Princess Ice-cream untuk sebab yg gua sendiri tidak mengetahuinye pun.gua ikot jer pasal diorang ckp best....padahal makan2 je pastu gi sweet choice...tapi ok ar..gua dpt beli sarung tangan...

hujan....gua terpaksa tunggu....
Princess Ice-cream,Adibah Azzahra


thx to Princess Ice-cream,Adibah Azzahra,Luqman E-fun kerana ajak gua jejalan....

kepada Syahirah Ipin,banyakkan bersabar k..tuhan lebih sayangkan beliau...kita hanya boleh sedekahkan al-fatihah....

gua masih lg penat hari ini....
hua....

Sunday, November 14, 2010

Cupcake

gua memasak?????memang hancus...

sah hangit dapur......

hari ini siaplah cupcake gua yg sepatutnya siap sewaktu raya aidilfitri yg lalu....
tidak apa,raya puasa xdapat,raya haji kita bedal...

maaf atas ketidaksopanan salah sebuah cupcake yg menayangkan bontotnya bahagian belakangnya(lebih sopan)...sebagai hukuman,cupcake tersebut telah masuk ke dalam mulut gua....
amacam??
cantik x??ada yg nk rasa ke??gua bagi resepi

  • 12 aun tepung gandum
  • 12 aun gula kasar
  • 1 pound mentega aka 16 aun
  • 10 biji kuning telur
  • 8 biji putih telur
  • susu pekat secukup rasa
  • sedikit vanilla esssence dan baking powder
hua3.....
macam chef wan pn ada gua rasa....korang tahu kan prosedur untuk membuatnya??
senang jer...

mula2,mestilah pastikan bahan2 cukup....memang memerlukan masa yg lama.....
korang ayak tepung (betul ker apa gua tulis ni??) untuk memastikan tiada benda lain selain tepung sebelum menimbangnya....then,timbang gula kasar dan mentega pada penimbang aun (ukuran zaman dahulu).Pisahkan kuning telur dan putih telur pada dua mangkuk yg berbeza.sememangnya kerja yg susah.gua selalu cuba untuk tidak memecahkan bentuk kuning telur agar senang untuk dikira.

dah siap semua bahan2,korang masukkan satu persatu ke dalam mixer(mixer ke blender??gua konpius)ya,mencampuradukkan bahan2 adalah sesangat teramat melampaui batas lamanya.kalau berak dua tiga kali pun sempat..dem,kejadahnya masuk topik hal ehwal bilik air ni.Tetapi kepada sesiapa yg xdapat tahan tu,lepas melepas flush la jamban dan basuh sambil cuci tangan anda...(bukan ke korang nak rasa air tangan korang sendiri??)argh...lari tajuk lak...grr...

lepas mixing semua bahan,korang cuma perlu letakkkan(berapa banyak k da)adunan yg tersedia ke dalam cupnya.then bakar

Peringatan
  • kepada sesiapa yg mencuba resipi ini tetapi tidak berjaya jangan salahkan gua...
  • kalau resipi ini tidak menjadi atau tidak sedap korang buat la experiment sendiri untuk upgrade...
  • gua bukan bapok,nyah mahupun lembut.gua cuma menolong emak gua memasak..
  • kepada bro hamzah,lu boleh la makan sambil terbang2...
  • kepada jambz,jangan la mkn benda ni dalam jamban..nanti setan nk jugak...susah nk kenyang..
  • malam ni live everton lawan arsenal(dua2 gua xsokong)
  • esok gua sekolah
  • sah2 gua kena kejar pasal entry gua gatal tangan esok ngan orang yg kenal gua...
  • citer miah oh miah gua xlayan pon pasal sibok duk pikir masa depan..
  • kenapa gua asyik tambah peringatan jer time hujung2??
  • kenapa makin banyak peringatan gua??
  • argh.....demmit...
  • sekian terima kasih....
  • hua3.....

Saturday, November 13, 2010

Gatal Tangan

macam mana agaknya jikalau jari dipotong??
hmm..
gua try bayangkan..


Resultnya,
hua3...

Mustahil!!!
Bagaimana boleh jadi macam tu...
itu dunia cyber punya gambar....
kalau gambar real lak???

*Rujuk gambarajah 1 balik..

Then,gua pergi


Masuk2 gua terus duduk dekat lobby


Then,pergi ke


untuk registration...
Pastu,gua kena tahan masuk wad
lawa ark??

Selepas beberapa hari,gua pun masuk
canggih benor teknologi zaman sekarang ni....



After that,dapat la tangan camni



So,gua dah normal...

Peringatan

  • Tiada sebarang penipuan dalam gambar.
  • Semua model tangan adalah tangan gua.
  • Gua memang normal
Moral

Terlajak perahu boleh diundur,
Terlajak kereta boleh reverse,
Terlajak kapal terbang boleh u turn,

Beringat-ingat untuk selamat,
Jangan sampai kena sengat.
Kapal karam dalam laut melaporkan dari television 0.
(Kejadahnya gua merepek ni!!argh....demmit...)

Real Moral

Biar lambat potong jangan sampai tak potong
(macam iklan p1wimax pn ada)
Asyik2 lisa surirumah surihani jer jadi model...nk tkar gak...

Friday, November 12, 2010

Terima Kasih

hari ni gua dpt bunga....
entah macam mana leh ada dalam beg gua.
kat bunga tu tulis I LOVE YOU..

mungkin gua ada secret admirer.hua3.atau mungkin monyet yg seluk dalam beg gua.(demmit)
kepada pengirim bunga tersebut,I LOVE YOU TOO.

P/S: mana datang itu bunga gua tak nak tahu. kalau gua kena prank,terima kasih la kepada yg prank gua.gua apreciatus sesangat la wahai prankster.
lagi sikit, camna gua ada secret admirer??
korang tahu ker??

Thursday, November 11, 2010

Kegersangan

gua malas nk tulis byk2 malam ni...

korang tahu apa tu 3gp kan??

bagi yg xtahu....

korang check la kat sini yek...

good bye..

Seperti biase,gambar tiada kena mengena dengan entry

UPSR

TAHNIAH kepada semua murid2 yg dapat 5A UPSR.dan juga sepupu aku yg mendapat 4A 1B.xper2,taun depan ada lagi.(bukan upsr dah la...hua3...)bagi yg xdpt 5A tu redha je la....

Gua sebenarnya berbangga kerana ramai yg dapat 5A tahun ni walaupun byk dugaan.Waktu gua UPSR tahun lepas tak banyak halangan dan pengaruh siber seperti laman web sosial yang digunakan sekarang ini.(ok,gua ngaku tahun lepas gua start facebook lepas upsr...tapi gua still layan tagged dan myspace sebelum upsr)begitu ramai murid tahun 6 yang berjaya walaupun dengan pengaruh facebook (Mark Zuckerberg)yg melalaikan diri daripada study.(orait,korang xpaham??baca balik sampai korang gila...)

ok,apakejadahnya gua ambil peduli pasal UPSR??demm....

Tahniah kepada bekas sekolah gua yang telah mencapai 24 org 5A justeru menjadi sekolah no 1 yg mendapat murid 5A terbanyak di daerah kerian.

Sekali lagi gua ucapkan tahniah kepada SK Sri Kerian...

gua tulis post ni untuk menghargai murid yg telah bersusah payah study untuk exam ni.
kepada abang gua dan semua calon SPM,ganbatte!!!(bila lak gua belajar bahasa jepun ni....dem....)

Orang Kuat Usaha

Orang kuat usaha aka OKU adalah orang yg baik.golongan ini selalu diperlekehkan oleh masyarakat walhal mereka dah usaha dah.gua xphm kenapa segelintir masyarakat menghina mereka ini.kalau xnak tolong xper lg,ni siap kutuk2 dan caci maki lagi.

aper salah golongan ni??pernah ke diorang mkn harta korang??pernah ke dia bunuh kucing korang????pernah ke dia masuk rumah korang?????pehal gua makin emo ni???saper nk jwb semua persoalan nii??dem..grr...

gua bukan nak menghina,cuma nak bersuara.gua sememangnya hanya seorang insan yg lemah.membantu golongan ni pun xpernah.jadi,siapalah gua nak menasihat.

owh.sori gua emosional jap.gua nak lepaskan geram lepas tengok cerita pensil sabtu lepas..hua3...tapi,best gak ending cerita tu..orang macam dia pun boleh berjaya.sedangkan kita yang sempurna ni banyak mencacatkan diri dengan dadah dan gam.(gua xhisap benda2 ni ok.....:)rasanya cukup lah gua ber'hujah' mengalahkan penceramah budak2 tadika.

walaupun tada kaki still boleh jalan dan pergi sekolah...gua tabik lu brader...
 tak macam gua yang selalu ponteng sekolah walaupun sihat walafiat.


Penerima anugerah pelajar cemerlang OKU



Sekali lagi diingatkan,gua bukan OKU tapi gua memang kuat berusaha....haha.



Gambar di atas tiada kena mengena dengan OKU

Wednesday, November 10, 2010

Popcorn

Kepada u yg bakal disayangi
Daripada i yg mengabdikan diri
Berharap cinta kekal abadi
Seperti kfc dan mcd

hari bulan tahun

Kebelakang Kehadapan u yg i xkenali,harap sihat selalu selali.i di sini ingin membuat surat agar diri ini tidak digodai dilupai oleh u yg manis sekali dan agar i berhenti layan pornografi awek2 lain yg cuba mengorat i.

u,
i rasa diri ini kosong tanpa u di sisi.balik2 tengahari i makan kari sambil layan fb.i ingin bertemu denganmu nanti.i harap u sudi menerima i di sisi.

walaupun i xpernah jumpa u lagi,i jamin muka u cantik macam lisa surirumahtangga surihangit surihani.payah tul nak eja nama artis ni.i tahu u ni baik budi pekerti,bijak bestari,x cukup tinggi,dan macam2 lagi.i harap satu hari dapat dating di cc.senang kiter nak main fb and chatting nanti.

i tahu u bermoney ani(?) u akan selamatkan i satu hari nanti.dari jatuh ke lembah dosa dan hina.dari penipuan dan dusta.dari berangan ke kerja.dari jamban ke desa.dari pagi hingga senja.xberhenti sampai bila2.

u,
i harap i layak untuk u.i harap i tinggi suka u.i harap surat ni dicampak buang dan dibenci disukai u.

Ikhlas dari I,

(Tandatangan)

Ikan kepada Unta.

Peringatan
  • surat ini ditulis secara rasmi oleh penulis ikan tersebut.
  • tiada kena mengena dengan duyung atau dugong dua alam.

Blog 2

gua pn xtau pe nk tlis kat sini....

lalalalalalalalalala.....

ah..

ade masa lapang baca la belog Jambz ni.....

hua3....

First Follower

hari ini gua mendapat first follower dan second follower....
Siapa??
Azira Saheeda la....

atas dasar keseronokan gua,gua nk bg satu teka teki
agak logik jugak soalan ni....
Soalannyer ialah 'MANA PERGI RM1??'


korang jgn tanya gua....
mengarut jer......

Teori Big Bang

Teori Big Bang??
Pekebendanya tu??
kucing kah??

Meh sini gua nk explain..
Big Bang atau dalam erti kata lain,Besar Bang(baca loghat melayu) adalah teori yang dicipta oleh UnicBoyz seseorang yg xdikenali(gua xminat fakta2 ni) tentang terjadinya alam semesta.



Kononnya,Big Bang berlaku lalu menyebabkan masa bermula.Mengikut Islam,setelah dikaji oleh Syaikh Tantawi Jauhari melalui kitabnya (buku) Al-Jawahir yang ditulis pada tahun 1920-1930 menyebut:

"Apa yang dijelaskan oleh Al-Quran, langit yang banyak dan bumi ini termasuk matahari, bintang-bintang dan segala alam yang ada di dalamnya, semuanya bercantum padu sebelum ini, kemudian Allah swt pisahkan kesemuanya. Ayat ini adalah mukjizat yang membuktikan kebenaran Al-Quran, kerana ilmu berkenaan perkara ini hanya diketahui pada hari ini"


Sejauh mana teori ni betul gua xtahu...gua google jer info2 ni pastu copy paste...saje gua nk tunjuk yg gua ni berilmu...(berdosakah gua riak begini??)

whatever!!!(ada cam gedik ark??demm....)

ada kaki lu jln,ada tgn gua tulis,ada otak??

LU PIKIR LA SENDIRI.....

Peringatan

  • Kalau lu nk tau apa tu teori big bang lu Kelik sini pastu taip teori big bang..
  • Besar ye Bang??(tiada maksud yang tersembunyi)

Tido

kucing adalah seekor haiwan yg comel.ramai org minat kucing.(gua excluded) walau bagaimana kotor sekalipun kucing itu,org tetap memegangnya.

hari tu gua ada nampak seekor kucing yg port baik punya tepi pokok kelapa,then terus pancut.

aarrggghhhh(tiada maksud yg mendalam)

kemudian kucing itu meng'cover'kan (salah ke ayat ni??) air kencing tanah yg basah itu menggunakan kakinya.lalu dtg seorang budak yg mengangkat terus memeluk kucing tu sambil bermain kakinya.gua hanya mampu usha dgn tekun.

apekajadahnya kucing ngan tido??demm...

gua mula membenci kucing setelah ia cuba untuk mengawan pagi td..ok,kenapa kucing mengawan gua yg jeles marah??untuk apa gua marah?apakah salah kucing tu??patutkah ia disalahkan??bersalahkah gua?bodohkah kucing itu?pandaikah gua?

untuk reason apa gua tulis semua ini??ggrrrr...

Tuesday, November 9, 2010

Coli??

gua tgh tunggu video loading kat youtube so gua nk update blog sambil blogwalking.
mcm korang xtau blogwalking tuh ape.
sementara tu,gua lyn blog TTT (terbang tinggi2) untk mencari idea.

bahaya tol blog Bro Hamzah ni.
tajuk 18sx isi merapu.pelik2.grrr...

bkn tu yg gua nk ckp.skrg gua perlukan bantuan camna nk hias (aka design) blog gua nih..kehabisan idea lak..demm..

Notez:xperlu la gua tlis panjang2,buat mencarut jer....oh luper,ada kaki lu jln,ada tgn gua taip,ada otak lu pikir la sendiri.

Blog

gua sekarang sedang berasa hiba dan rendah diri.blog gua xdibaca oleh sesiapa pn walau byk mana gua tlis post.

gua tgk blog blogger2 yg boleh dktakan HEBAT menginspirasikan gua untuk membuat blog sendiri.

antara blog2 yg penah gua bca

Blog Abang Hiro
blog ni memang menarik bg gua kerana setiap post yg disampaikan adalah singkat tetapi penuh bermakna dan menarik.gua kasi 5 bintang untuk blog ni.

Blog Abang Hamzah
ok.blog ni kekadang memeningkan pala gua gak.kekadang tajuk lain isi lain.ish3.tapi,gua nk kritik pn xleh gak.pasal mmg best blog ni.selalu menghiburkan hati gua.gua beri 5 honey star(asyik bintang jer,nk kelainan gak)

Blog Abang Hazen Aka Sadis
beliau mmg suka menulis karya2 seperti sajak(agaknya lah,gua pn xtahu nk panggil karya dia apa)dan memberi kata2 nasihat serta mengingatkan (betul ker eja ni?)diri kepadaNya.(blog lain pn ada gak.jgn korang terasa lak)

Blog Abang Farid
blog ni aku xberapa pasti sgt kerana aku baru jer start follow.mgkin lpas ni aku update lg kot pasal blog ni.

aku xtau la pendapat korang pasal blog diorang ni tapi diorang la sumber inspirasi aku untuk membuat blog(ada beberapa bloggers yg lain xsempat aku nk post kat sini,mgkn di post yg len aku akan bg korang kenal sumber inspirasi aku)oh,gua terguna aku.
harap maaf.
ape2 pn,gua mmg tabik spring ngan blogger2 yg xjemu mengupdate blog korang sbb korang mmg pakar.

alamak,gua lupa.
gua ingin memberikan 5 coco crunch kepada abang hazen dan 5 biskut tiger kepada abang farid.
harap sudi menerimanya.

Peringatan

  • Gua buat blog atas dasar inginkan keuntungan(Nuffnang)tetapi oleh kerana gua belum cukup umur,gua xboleh nk buat id Nuffnang.
  • Blog2 di atas sememangnya best dan best.dan best.dan best.xrugi korang baca.
  • Mmg diorang lah sbb aku buat blog yg paling utama.
  • Bagi sesiapa yg xseronok ngan mereka ni atau benci mereka pergi TGH JLN BARING LA!!!demm..(blog mereka amatlah seronok diamati)
  • Ada kaki korang jalan,ada tangan aku taip,ada otak lu pikir la sendiri.