Thursday, December 16, 2010

Pasar Malam,Petang,Jahanam (PPS)

OK,gua nak story satu cerita kat lu orang semua.

Cerita ni berlaku pada tahun 2010. Yakni tahun ini.

Sebelum itu,gua nak promote dulu contest Jambz.




WARNING
This content maybe not appropriate for childen under 1 years old.
Parental guidance for all 'bohsia' and gay are absolutely 'good'
Please read with patience and a cup of coffee in case you are bored
But i suggest you get variety bucket cause you are going to get hungry reading this
Isu-isu perkauman mahupun politik tiada di sini
Harap Maklum



____________________________________________________________________________


Hari itu gua ada riUniyen di kfc. Sebagai lelaki macho gua pun mestilah pergi ye dak? Gua pakai baju Forest hitam belang2 berneck V dan dipatchkan baju merah pada leher V tersebut. Gua terus sarungkan jeans brittania dengan belt berbucklekan levis warna emas. Lepas siap2 baju suar sume,gua pakai pewangi lak.

Tak lupa juga kepada lipstick,bibir bam,bieber gloss,maskara,i liner,i mask,bedak,mekap2 bagi pipi putih kemerahan. beg galas gua yg ala2 askar gitu. Berbekalkan selipar crocs biru yang kena curi kat masjid negara dan basikal roda dua gua, terus gua cycle bersama kengkawan ke kepsi.
Kawe frust cinta


Setibanya gua di kepsi tersebut, ternyata semua orang yg berjanji nak hadir tidak sampai lagi. Gua dan beberapa rakan menunggu bagaikan Supit yang sembelit lamanya. Setelah semua sampai,bermulalah aktiviti makan ayam dengan rakusnya. Makan punya makan punya makan punya makan punya makan punya makan punya makan (tujuh keturunan pon xhabis) sampai la kenyang. Lepas tu pergi la pulak berjimba (sapa nak gi tau gua maksud jimba?) di kawasan terdekat iaitu billion. Gua amat terkejut bagaikan beruk yang cermin mukanya sendiri apabila melihat timbunan bra di rak yang tersusun rapi. Bak kata mat ali,billion tempat cuci mata der.

Di dalam billion tersebut gua nampak seorang awek free hair baju berbelang. Menepati citarasa masakan ala chef wan. Gua syak awek free hair tu nak beli coli pink sebab dia sibuk memilih. Gua terus blah pergi tengok jam sebab kawan perempuan gua aka gf, sedang usha gerak geri gua. Ingat gua jenis pentipu gamaknye. Keh3...
awek free hair


K,gita berenti jap. Kensian gua tengok lu baca xberhenti.
slluurrpp
*Menghirup secawan espresso

Oh ya. Gua lupa nak cerita pasal kawan perempuan aka good fren gua. Nama beliau Nurul Ariana Mawarna Didier Binti Pawana Hang Arjuna. Gua syak bapa beliau berketurunan Jawa sebab nama bapa beliau nak dekat sama dengan nama atok gua punya kawan. Gua akan yakin lagi konfiden bahawa bapa beliau peminat chelsea macam gua.Hwe hwe hwe

Ariana ataupun A, mempunyai muka yang kiut dan cutting badan pujaan lelaki. A berkawan dengan gua semenjak takdir menemukan kami di sekolah rendah. Gua syak takdir ni dengki dekat gua. Gua berkawan rapat dengan A sehinggalah gua standard six. Gua melawak,menggelak,meggi,mee kari,menyakat,menyapa,mengacau,mengorat memang selalu dengan A.

Tapi sayang, takdir mengaku dia suka dekat A. Masa pula lari laju sewaktu gua dengan A. Jeles gamaknye. Sekolah berasrama penuh telah menjemput A ke rumah beliau.Tetapi gua xpaham,kenapa sekolah nak juga jemput A padahal asrama penuh,kenapa suruh A ke asrama kosong?dem

ok,lu dah kenal sapa A bukan?
 Meh gita sambung story gua tadi.


OK,lepas gua jalan2 lam billion,terus pergi watson. Lu tahu kan apa itu watson. Yuna dengan adibah noor selalu lepak situ buat promosi.Asal gua masuk je dengar ayat ni "mood berubah-rubah?biasa la orang perempuan ketika datang bulan,apa yang penting adalah biskut kering.Lebar di depan,tirus di tengah dan berbelah di belakang." kata yuna.

Gua pun jejalan sambil menunggu budak2 perempuan shopping private properties bak kata orang white.Tengah syok retina gua usha deodoren ngan 'cologne',A pula lalu celah2 rak.Terpesona gua melihat beliau walaupun hanya 4 bulan and a fortnight aku xjumpa dia.Sumpah lain rupa A yang ku kenal dahulu.Lepas gua tatap wajahnya, gua rasa bagaikan jatuh cinta padanya.Bak kata Wak Suparjo Katahar YuhnoYodhonNo,cinta pandang pertama atau dalam Bahasa Jawa first love impression.Ingin gua belai rambut beliau yang berada di dalam kerudung merah itu.Mana tahu A pakai Rejoice,rezeki gua tu.Keh keh keh.

Lepas blah dari watson semua orang balik rumah.Kebetulan rumah A dekat dengan rumah gua dan kebetulan juga A naik basikal,jadi gua,kawan2 gua,kawan A yang naik basikal dan A balik bersama disebabkan rumah kami dekat.

Tinggi bebenor tangki air tu

Banyak benda yang gua sembang dengan A. Melepaskan rindu gamaknya. Apabila sudah dekat dengan rumah A, secara koinsidennya ada pulak pasar malam walaupun waktu tu petang. Gua ajak la A dan rakan2 pergi situ sebab gua nak luang lebih masa bersama A.Gua park basikal gua dekat dengan tempat kejadian kerana malas berjalan jauh.

Then,gua gi round pasar malam tu berkali-kali.Gua jalan sebelah A dengan harapan dia sedar muka gua yang macho ni dan rambut gua yang tercacak bagaikan gunung daik bercabang tiga. Gua sedar A beli nasi berahi beriani kegemarannya untuk dibawa pulang.Rakan2 gua juga beli macam2 untuk bekal bawa ke rumah.

romantik la uncle pakai baju batik tu...
hua hua hua

Gua hanya beli ayam penyet sebagai bekal dan kentang goreng ngan milo ais sebagai makanan.Gua beli benda sikit sebab nak act cool ala2 fahrin ahmad.Kekadang time jalan tu gua tarik nafas dengan harapan A nampak six pack gua walaupun gua xda six pack.Keh keh keh.

Keadaan tanah yang dipenuhi pasir dan berbatu batu menyebabkan kesusahan untuk gua berjalan. Rahmat pula telah menurunkan hujan lalu menyebabkan tanah menjadi basah lalu muncul coklat yang melimpah ke ladang gandum lalu jadilah koko krunch.Sori,gua melalut jap.Pasir di lot kosong tu memang akan menjadi lopak yang sememangnya berair.

Dalam ketaksuban gua bersembang dan berjenaka dengan A,gua berjalan ala ketam tanpa melihat depan.Tetiba,kaki kanan gua yang berselipar crocs terpijak seketul batu yang berdiameter 16 cm atau mungkin sebesar segenggam tangan kanan gua.Lalu terus kaki kanan gua menghayun ala2 teves dalam posisi untuk shoot.Gua berada di awangan dan rasa seperti masa berlalu dengan sungguh perlahan. Pok cik yang asyik menjerit harga popcorn secawan seringgit pun tidak dapat didengari suaranya. Gua bagaikan di awangan.Semua orang di sekeliling gua bagaikan beku.Semua orang tidak bergerak.Gua sempat mendapat sekilas pandang pada si A.

SPLASSHH!!!


gua terjatuh tepat ke dalam lopak yang besar.Pok cik yang duk hingar menjerit tadi terus terkesima melihat gua yang berkuak lentang dalam lopak tersebut.Kawan gua yang sedang melihat semua gelakkan gua.

"Padan muka hang.Gatai nak mengorat anak dara orang lagi" kata kawan gua.

"Haram jadah mu natang.Bukan nak tolong aku"

Terus gua bangun dengan pantas untuk mengcover malu.Gua x berapa malu sangat ngan kawan2 gua sebab kitaorang memang selalu chill je. Tapi gua malu dengan A sebab selepas segala usaha gua untuk mengorat dia,usaha gua diakhiri dengan kemaluan yang besar dan mengembang.keh keh keh.

Dan gua terus pulang ke rumah dengan kemaluan yang besar sangat.Sampai rumah terus ada mesej masuk.


Sender:A

"Lawak kaw masih umph dari dulu sampai sekarang la zul"

Dalam hati gua berdetus,"naseb baek lu lawa A.GRR"


Amacam story gua?
Best bukan?
Tu baru mukadimah jer
Hoho

Ok,habis dah story mukadimah entri gua.Panjang kan?Nak mampus gua tulis panjang2 camni selalu.Pengalaman pahit gua yang sebenar ialah

TERPAKSA MENIPU PARA PEMBACA DENGAN STORY YANG PANJANG LAGI MENGARUT.

Keh keh keh

____________________________________________________________________________

Gua nak tag kak iqa,KINA,Ain,Frodo,dan ekyn. Niat gua nak tag ramai lagi.Tapi atas dasar kensian pada Jambz,gua tag sikit jer.Kalau tag ramai nanti lagi ramai yang join.Lagi ramai yang join lagi banyak jambz kena adili.Lagi banyak jambz adili lagi susah la gua nak menang.Keh keh keh

Oh ya,tidak lupa jua kepada akak gua yang sibuk suruh gua letak akaun nuffnang dalam blog ni,abang2 gua yang mengslowkan internet dengan download mereka,bapak gua,mak gua,polower gua yang hanya polo secara silent,ijat baby sebelah umah,mamak-mamak kat amirza,mat indon belakang rumah,brader-brader yang goreng telur kat kedai nasi lemak kuning,guru-guru gua,warga warung KING,fren gua dan semua yang gua kenal dengan ucapan terima kasih sebab baca entri mengarut gua yang panjang gila babik ni.keh keh keh.

Pergh,dekat seminggu aku tulis entry xbermanfaat ni
hak hak hak

8 comments:

aljambz said...

lu tekan gamba.

pastu tekan link.

pastu amek gua punya kontes link.

paste dekat situ.

King Of Single said...

kene perah idea malam ni gak nii...

pehh stim stim!
bhahahaha

tanx yaw~

aljambz said...

tengs sebab join doh.

pastikan lu selak apdet dari masa ke semasa.

best of luck.

ENCIK TIKUS said...

boleh pulak takdir jeles weyh.


btw gudluck doe

Puteri Iqa Izyan said...

byk lah..
hahaha...

kak iqa kau ni dah buat oke. ngee~~
da siap anta kat akim ag. hahaha

Ziro said...

jambz:kk...

encik tikus:keh keh keh

Kak iqa:nak tag je bagi dpt markah...:D

Anonymous said...

wah best . HAHA xD

piNky LuCiA said...

adeh. tertipu rupanya.