Thursday, August 11, 2011

Duhai Tunangku

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang pertama kali kita bertemu ? Ketika itu kau masih bersama dengan kekasih lamamu. Bermadu asmara di lautan rindu.

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang waktu kau bergaduh dengannya ? Tiap malam bertukar lara. Rindu menjadi hiba. Kasih tinggal dusta.

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang saat berjumpa denganku ? Air mata kekal melinang di pipimu. Sepatah pun tidak keluar dari bibirmu walaupun ia terus bermadah. Suara tangismu kekal di ingatanku.

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang hadirnya dirimu dalam hidupku ? Bagaikan pelangi yang menghiasi langit, kau hiasi hariku.

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang detik kau ingin berjumpa denganku ? Di bawah tugu kau janjikan. Dan tiba hujan menghalangiku. Beribu pesanan ku hantar padamu. Tidak satu pun terjawab olehmu. Hujan turut pergi membawa diri. Begitu juga aku yang ingin mengotakan janji. Ke tugu aku tujui. Dan disitu juga kau mengigil seorang diri. Terpaku aku akan kesabaranmu.

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang aku perlu ke luar negara ? Meninggalkanmu seorang untuk jangka masa yang lama ? Tidakkah kau akan merana ?

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang hadirnya hari kepulanganku ke tanah air ? Kau berikan ku sebutir senyuman yang menyinar harapan.

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang hari itu ? Hari penuhnya rumahmu dengan seisi keluargaku. Rombongan yang meriah bagiku. Tersarungnya cincin di jari manismu. Terukir segaris senyuman dari bibirku.

Duhai Tunangku,
Masihkah kau ingat tentang janjiku ? Bahawa aku tak akan tinggalkanmu.Tetapi kau tak pernah berjanji denganku. Malangnya,janji kau denganNYA lebih hebat.

Duhai Tunangku,
Aku izinkan kau pergi.





P tunang dengan S : Mak gua pesan, sila menangis waktu baca.

Tuesday, August 9, 2011

6 perkara biasa di bulan Ramadhan yang jarang ada di bulan lain

1. Tiada lagi lalat menghurung meja waktu tengah hari.

Aok kan suka makan dan tak kemas.

2.Pavillion jual kuih

Maka bertambahlah pasangan yang berkongsi kemanisan kuih di hujung lidah mereka.

3.Tren penuh lebih awal dari biasa.

Bermacam jenis kesempatan nafsu gunakan untuk membatalkan puasa

4.Surau lebih penuh ketika isyak berbanding subuh.

Ke mana manusia menghilang selepas sahur ?

5.Facebook lebih popular berbanding blogger

Tak munasabah

6.Puaka juga baca doa sebelum makan.

-

Monday, August 1, 2011

Dia Yang Bernama Qamarina

26 Januari 2011


Twitter dah kena block, Fb coming soon


Macam ni gamaknya


2 Februari 2011


Finally baru ada internet


Mesti tekanan gila waktu tu


Korang janganlah susah hati sangat

Terharu tahu ?

Oh, ko cakap kitorang manja eh?

Manja tak ?

Boleh ke bermanja macam tu kat sini ?
3 Februari 2011


Mungkin hari ini atau esok. Doakan


4 Februari 2011


Kalau tak jadi jugak hari ni, aku nak merusuh jugak

Teruk jugak kalau meletup universiti ni


Happy Birthday






P merusuh S : Maaf sebab 7 bulan pikir macam mana nak buat. -.-" Kredit to HS sebab tolong ajar buat lukisan. Walaupun tak berapa nak jadi.

Saturday, July 9, 2011

Kampung Aman Part 3

Bayu laut membelah pelepah daun kelapa. Murai bertenggek atas pokok mempelam. Menjerit bagai nak pecah kotak suara. Lapar yang tak tertahan barangkali. Mungkin pepatah melayu akan bertambah, "bagai murai yang lapar " .

Zaki sedar dari lamunannya. Entah bila dia baring atas sofa tu. Mungkin Singer telah berjaya menawan minda beliau.

Usai solat Asar, berbekalkan wudhuk di badan, dan doa keluar rumah dilafaz, maka Zaki pun menuju ke warung hujung kampung.

Az menunggu dengan berkebaya. Terserlah keayuan diri dan body. Kelapa yang masak ranum dilitupi kain selendang berwarna warni. Berjalan kedua remaja bagai merpati sejoli.

Berjalan mereka ke tepi pantai. Berkenalanlah dua insan yang baru mengenal erti dunia. Maka meningkat dewasalah mereka bersama.

Sweet tak ?


Pulau Sotong : Berbulan baru nak sambung ni ja penamat boleh buat. Maaf