Kini ku mengerti,
Erti merindui,
Tatkala dia tiada di sisi,
Aku terlopong seorang diri,
Walaupun hanya berjumpa sekali,
Kita bersama hampir dua hari,
Kita saling menjauhkan diri,
Bertutur kata tidak pernah sekali,
Raut wajahnya kelihatan suci,
Serta mukanya yang cantik berseri,
Dengan wangi-wangian menemani,
Dirinya yang selalu bersendiri,
Kini ku menyesali,
Atas perbuatan ku sendiri,
No hp ku dia minta tidak di beri,
Kerana waktu itu aku kehabisan bateri,
Masa tidak dapat diundur lagi,
Mungkin kita tidak akan bertemu kembali,
Tetapi aku tetap akan merindui,
Dirimu yang kini jauh dari sisi,
Buat sahabat yang mengenali,
Ingatlah,kawanmu ini masih waras lagi,
Cuma,beliau ingin meluahkan isi hati,
Dengan berkarya di sini,
Buat sesiapa yang mengenali dia ni,
Janganlah bocorkan rahsia aku lagi,
Bersusah payah aku tulis kat sini,
Kalau korang bocorkan malu aku nanti,
Walau apa pun yang terjadi,
Cinta terhadap Ilahi kekal abadi.
Note:Korang xyah tanya ni betul ke x....aku pn tk tahu...........
No comments:
Post a Comment