Saturday, February 12, 2011

Kampung Aman Part 1



Anak kembar kucing bermain sesama sendiri,ikan puyu timbul tenggelam untuk menghirup udara segar. Tenang. Sang Murai meneruskan hobi manakala Sang Raja Udang bertenggek di dahan betik sambil menunggu brekfes. Tenang. Embun membantu pohon fotosintesis untuk terus bekalkan oksigen. Tenang. Ternyata, sememangnya keadaan di kampung serba serbi tenang.

Seruan azan menggegarkan medium-medium di udara yang kekal bergegaran sehingga sampai ke gegendang telinga Zaki. Lantas Zaki bangun walaupun dihasut oleh suara kecil untuk sambung tidur. Zaki menuju ke bilik air dan mandi dengan segera. Tak mahu membazir air katanya dalam hati. Membazir kan amalan syaitan.

Setelah selesai mandi, Zaki mengambil kain pelekat dan dengan pantas solat Subuh. Solat beliau sangat khusyuk kerana semua sepupu-sepupu beliau masih lena dibuai mimpi. Mana taknya, jam masih lagi menunjukkan 6.30. Memang waktu untuk tidur.

Usai solat subuh, Zaki tersenyum sinis melihat gaya tidur sepupunya. Bukan setakat kuak lentang,kuak dada,kuak singa laut mahupun kuak sotong jelas ternyata dalam bentuk tubuh badan mereka. Tiba-tiba, Zaki mendapat idea yang agak terkutuk. Beliau pun pergi ke bahagian kepala sepupu-sepupu beliau lalu menjerit

"Solat Subuh WOI!!!!"

Dengan kelajuan kilat, sebuah penumbuk hinggap di rangka kepala Zaki.

"Setan!!!Kau menjerit pepagi ni jadahnya? GRR"

"Nak kejut abang bangun subuh la. Tengok jam."

Rupanya Zamri,abang Zaki, telah menggunakan ilmu taekwondo beliau dan memukul adik kandungnya. Seperti tidak berhati limpa abang beliau. Lantas Zaki keluar dari rumah. "Gedik" kata Zamri ringkas.

Bunyi enjin EX5 jelas menghiasi kesunyian hening pagi itu. Tokwan Zaki baru pulang dari solat subuh berjemaah di surau. Rutin harian yang baik bagi warga emas yang taf membanting tulang setiap hari di bendang.

Zaki pergi mengambil beg beliau. Keputusan Zaki untuk menghirup udara segar di pagi hari terbatal.Mungkin pada pemikiran Zaki hirup udara segar tidak lengkap tanpa pecah peluh. Zaki memakai baju harimau malaya. Kemas. Beliau segera memakai gel agar rambut terpacak sepanjang aktiviti beliau nanti. Dengan RayBan Aviator baru beliau dan jam Samurai di tangan, Zaki pantas memulakan aktiviti merentas desa Parit Mat Ali.

Tidak lupa juga headphone Sony Ericcson beliau untuk menemani ketika berlari. Sekarang mungkin Zaki berlari solo dan berlari anak, tapi siapa tahu apabila suatu hari nanti tiba jodoh Zaki, dia akan berlari duo dan berlari bapa pula.

Zaki berlari perlahan. Beliau sedang menghayati bait-bait lagu maher zain yang telah menawan hati para gadis. Timbul sejenak persoalan di akal Zaki,mengapa maher zain yang botak itu digilai ramai? Sedangkan dia yang kacak dan mempunyai rambut cacak-cacak ni tak menjadi pujaan pulak. Mungkin beliau harus mengikut jejak langkah maher zain iaitu membotakkan kepalanya.

Jarum panjang terletak di angka 9 manakala jarum pendek di celah-celah angka 6 dan 7. Fajar sidek belum terbit. Begitu juga cik matahari. Anak-anak bintang pun masih samar-samar kelihatan. Sudah 2 kilometer berlalu sejak 10 minit tadi. Rekod yang agak baik untuk slowjog.

Tiba di hujung kampung, ada sesuatu yang menarik perhatian Zaki. Seorang gadis sama umur dengan Zaki berkebaya dan bertudung labuh. Simple dan kekampungan. Tapi sangat anggun dan mempersonakan. Hati Zaki tertarik. Dengan pantas Zaki berlari dengan steady ke arah gadis yang sedang menuntun basikal itu.

"Hai awak" Tegur Zaki

"Eh,awak siapa?" Terpinga-pinga jawapan gadis

"Nama saya Zulkhairy. Panggil Zaki. Nama awak?"

"Nama saya Azzahra. Boleh panggil Az je. Tapi ramai kawan panggil zahra."

Mereka berdua bersembang dengan rancaknya. Semakin bersembang semakin rancak. Kadang-kadang gelak ketawa memenuhi ruang angkasa. Riak muka selalu berubah-ubah bagaikan orang gila. Masing-masing bercerita tentang keluarga dan latar belakang.

Zaki menemani Az sepanjang perjalanan. Mengikut sumber yang dipercayai, Az baru sahaja balik dari pasar membeli ikan. Kebetulan pula terjumpa Zaki di laluan ini.

Setelah agak lama mereka berjalan, Zaki terdengar bunyi.

~Klepush~

Bunyi seperti dari rumah tokwannya. Zaki segera lari untuk mengenal pasti bunyi tersebut. Dari jauh, Zaki menjerit pada Az,

"Petang ni lepas asar jumpa di warung hujung kampung. Ingat,lepas Asar."

Tetiba,ada suara orang meminta tolong.

Bersambung~

2 comments: