Saturday, February 5, 2011

Sebab Gua Tak Pandai Kapel Sampai Sekarang

Assalamualaikum. Gua hari ni memang pesen takda kerja, ingat nak post something la. Saja menggedik nak speaking. Kehkeh.


Gua sebenarnya nak cakap gua belum pernah kapel dengan manusia yang berjantina perempuan. Sekarang, seorang pun tak mahu kat gua. Gua sebenarnya minat kat seorang perempuan ayu cantik cek mek molek. Tapi gua tak berani dekat dengan dia.

Gua pun sebenarnya nak jugak macam pasangan-pasangan lain yang wujud di muka bumi ni.Jeles gua tengok setat-setat kapel bermesra,sambut valentime, pergi date sana-sini. Pastu gaduh, kutuk-kutuk, maki hamun. Lepas tu break up, bercinta balik, putus lagi, bercinta balik. Last sekali comolot rebut secret recipe tanda kasih sayang yang true. Kehkehkeh.

Gua sebenarnya ada suka seorang perempuan. Tapi sayang seribu kali sayang, seribu kali satu seribu, dia terlalu baik. Gua dengan dia berbeza bagaikan kfc dengan mekdi. Sikap beliau yang cukup inesen telah menambat hati gua. Dengan pakaian yang sentiasa bertudung labuh dan berlengan panjang tutup aurat semua, mesti sejuk perut mak mengandung dia sembilan bulan. Oh ya,dia bakal ustazah.

Kalau nak dibandingkan dengan gua, memang tak boleh banding. Gua dah la luar dalam puaka, belum lagi campur minda yang jahanam. Kalau dia dengan gua kapel, maka rosaklah minda perempuan tersebut. Kahkahkah.

"Awak, saya memang sayang awak. Disebabkan itu awak, saya tak mampu memiliki awak. Kalau kita kapel pun, belum tentu kita boleh kahwin. Boleh jahanam masa depan awak. Jadi,cukuplah sekadar saya menggembirakan awak. Saya tahu ada yang lebih layak untuk awak."

***
Oke,dah habis dah beremosi. Sebenarnya kak rina nak tengok gambar makwe gua. Gua takut-takut gak nak letak almaklumlah kontroversi sekarang ni. Tapi kak rina punya pasal gua letak juga gambar beliau. Boleh la kak rina nak interview dia lepas ni.

Demand dia selalu mahal jadi gua tak mampu teruskan hubungan. Kahkahkah

P/S : Sebenarnya entri ni banyak perkataan sebenarnya.

P/S : Makwe gua pesan jangan letak link facebook beliau. Kahkahkah

4 comments:

HAN said...

aaaa..dh ade awek yaa..keh3

Farhana Yeon said...

amboi ! gatai ye ?

Ziro said...

ala. jangan puji lelebih. hahaha

Farhana Yeon said...

gatai , gatai ! hahaha