Sunday, February 13, 2011

Kampung Aman Part 2

Lalat berterbangan,anak ayam berkeliaran. Aman. Burung puyuh berlari-lari di daun teratai. Sungguh kasihan,tak pandai terbang burung itu. Aman sekali kehidupan di kampung Aman.

Namun,keamanan kampung telah diganggu oleh laungan suara yang serak. Zaki berlari pantas mendapatkan punca suara itu. Zaki ternampak sepupu beliau, Aina, sedang lemas di dalam parit di sebelah rumah kampung itu. Zaki segera terjun bagi menyelamatkan sepupunya dari lemas.

Bijak,sungguh bijak. Zaki menggunakan jurus menyelam ke dasar tanah untuk mendapatkan sepupunya. Walaupun kedalaman parit itu hanyalah 90cm, ia agak tinggi kalau hendak dibandingkan dengan kanak-kanak berumur 3 tahun.

Aina berjaya dinaikkan. Mak Cik Neha, ibu Aina bergegas datang untuk melihat apa yang berlaku. Syukur juga Zaki pantas. Kalau tidak,mungkin Aina akan lemas. Aina pula meraung akibat kehilangan selipar beliau yang bertatahkan permata palsu. Walaupun palsu,di mata kanak-kanak itu ia adalah harta yang berharga.

Zaki terpaksa kembali menyelam untuk mencari kasut Aina. Air yang keruh tidak membantu sedikit pun penglihatan beliau. Kemudian Zaki terlihat sesuatu yang bersinar lantas mengambilnya sepantas kilat kerana beliau hampir kehilangan udara.

Kasut Aina berada di dalam perangkap ikan atau lebih dikenali sebagai bubu yang diperbuat daripada keluli lembut. Riak muka Aina yang masam tadi kembali jernih. Beliau segera ke bilik mandi sambil bernyanyi-nyanyi keriangan. Mak Cik Neha pula mengucapkan terima kasih kepada Zaki lalu mengambil selipar Aina ke bilik mandi untuk dibasuh.

Zaki keluar dari parit yang tidak dalam itu. Beliau mengambil segala peralatan elektronik yang telah ditinggalkan di atas bonet kereta tokwannya.

"Kah kah,jatuh parit." Suara Zamri kekal dikepala Zaki. Mesti beliau akan dikutuk abangnya jikalau Zamri ternampak Zaki berbasah lencun begini. Zaki segera ke tandas di luar rumah untuk menyalin jersi Harimau Malaya beliau dengan t shirt biasa.

Selesai menyalin pakaian, Zaki berbaring di atas tangga yang lebar dan luas sambil mendengar lagu XPDC. Akhirnya,beliau tertidur. Beliau membuta hanya untuk seketika hinggalah seseorang memanggil,

"Assalamualaikum,tuan haji,oo tuan haji." Laung seorang pemuda bermoto wave berwarna merah bersama kucing kesayangannya.

"Walaikumusalam" Jawab Zaki ringkas.

"Kamu cucu pak haji ye? Ini ada lauk aruh bahagian pak haji. Sampaikan salam saya pada pak haji ye. Assalamualaikum."

"Walaikumusalam. Innalillahwainnahilaihirajiun."

Serangan uppercut yang padu ditujukan kepada Zaki. Namun begitu, Zaki menangkis serangan abangnya dengan ilmu persilatan beliau. Ternyata mereka dua beradik bukanlah insan biasa. Si Abang mempunyai Taekwondo,Si Adik mempunyai Silat.

"HOI,mana ada orang meninggal" Tengking Zamri

"Ish abang ni,yang tadi orang tu cakap ada orang arwah kan?" Jawab Zaki perlahan.

"Hai la Zaki. Orang suruh balik kampung tak nak. Balik setahun sekali waktu raya je. Orang tu cakap hari ini ada orang aruh. Aruh tu maksudnya kenduri. Kau kena faham orang kampung bercakap bahasa tradisional bukan bahasa baku melayu. Kelakar betul adik aku sorang ni."

Tiba-tiba,terdengar bunyi tembakan dari celahan pokok kelapa. Beberapa ekor burung jatuh tersungkur menghadap tanah. Ayah Zaki dan Zamri mengambil burung itu lalu menyembelihnya. Tembakan yang dilepaskan oleh Encik Razman menggunakan senapang patah milik ayahnya sangat jitu. Encik Razman merapatkan ibu jari dan jari telunjuk beliau yang membentuk bulat sebagai isyarat seraya berkata "Lunch ni kita makan burung."

Zaki masuk ke dalam rumah dan dengan segera mengambil tuala untuk mandi. Bau badan beliau yang berpeluh pagi tadi bercampur pula dengan bau air parit adalah sangat tidak disenangi.

Bersambung~

No comments: