Saturday, February 5, 2011

His-Story of Al-Baby Kute Parte One

Mesti lu tak kenal sapa budak kute ni. Meh gua bagi profail sikit. Tinggi gua 90 inci, berat 90kg, hensem 90kali. Pernah menyertai dan menjadi presiden biro kaki ponteng sekolah se-malaysia. Hobi gua adalah pergi ke sekolah pada waktu petang dengan bertujuan selain dari belajar dan kawad kaki.

Sejak dari kecil telah diamalkan peminuman milo dalam botol susu. Berhenti minum botol susu pada umur 7 tahun sebab takut budak-budak lain cakap gua kaki botol. Sewaktu kecil, suka juga makan nestum walaupun sangat membenci oat. Amenda la suruh makan oat bajet nak suruh gua kurus, sedangkan waktu tu gua la paling kecil comel lote. Kurus tu memang first thing first.

Tapi selepas darjah 1, gua mula belajar erti makan melebihi satu pinggan. Atas dasar faktor tersebut, tiap kali gua makan gua akan teringat pesan cikgu tadika, lepas makan basuh pinggan. Eh, bukan tu. Walaupun nasi dah jadi bubur, kamu tetap kena makan. Ya, bubur dan nasi amat berbeza sedara-sedara semua. Gua sangat suka nasi akan tetapi membenci bubur.

Disebabkan kata-kata dari guru tadika gua itu, pernah sekali gua buat rusuhan dengan meletakkan bubur yang tak terusik bawah meja beliau. Kononnya, gua dah habis makan dah terus sambung belajar. (time ni tadika, rusuhan kanak-kanak)

Kalau pergi mana-mana kedai sekalipun, tak kiralah restoran mahupun mamak, tidak akan sesekali gua memasukkan sayur ke dalam mulut. Sangat anti dengan sayur dan buah.

Grr

*Kalau sempat gua tulis dekat tengah ni, maksudnya gua serius.

Juga tidak pernah mengamalkan pemakaian spender dalam kehidupan seharian sehingga hari ini. Mungkin untuk menghidupkan kekuatan batin untuk kebahagiaan isteri kelak. Kehkehkeh. Adik-adik boleh cuba amalkan sekarang,jangan lagi lima hari nak kahwin baru amalkan, tak mujarab.

Sangat suka menipu dalam kehidupan seharian. Kadangkala boleh mengelirukan diri sendiri dengan kebenaran dan penipuan memori. Kira macam kaki lipat jugak la. Tih Tih Tih (gelak baby gigi dua batang)

4 comments:

Farhana Yeon said...

apa kamu merapu ni ? sekeh mau ?

Farhana Yeon said...

apa kamu merapu ni ? sekeh mau ?

Ziro said...

hahaha. seronok kak merapu

platipus said...

grrr