Thursday, February 3, 2011

Kejadian di Mesir

Hola-hola semua. Apa khabar? Sihat alhamdulillah. Hari ni nak bercerita sedikit pasal Mesir. Tahu tak kat mana Mesir? Barat dari Malaysia. Selalu time kecik-kecik dulu pak cik kedai kopi pernah berpesan, "Jangan ikut perangai orang-orang barat tu. Semua shilake perangai.".

Sekarang lepas gua dah pandai belajar geografi, gua sedar bumi Anbia berada di sebelah barat. Jadi kenapa pak cik tu halang gua dari ikut perangai orang-orang Islam di negara yang pernah menjadi Empayar Agung Islam suatu ketika dulu?

Pada pendapat gua,pak cik tu makan garam dulu sebelum gua. Mungkin dia nak bagitahu bahawa bukan sahaja Islam di barat,tetapi Yahudi dan Nasrani juga turut berada di bumi Anbiya bekas Empayar Agung Islam tersebut. Mungkin sikap puaka mereka yang pak cik tu cuba halang dari gua belajar.

Sekarang sekali lagi Yahudi laknatullah bernawaitu puaka. Mungkin pada pandangan orang lain yang membuat rusuhan itu adalah kerja orang Islam atas dasar revolusi kerana mereka membenci Mubarak nirrojim tu, tapi waktu Islam sedang berterabur dan bergaduh sesama sendiri la kaum Yahudi membuka langkah. Mereka memecahkan balai polis, penjara, bakar lapangan terbang dan mengancam nyawa orang awam yang sedang bizi berevolusi.

Tapi sia-sia gua cerita pasal perkara di atas kerana tiada kena mengena lansung dengan apa yang gua nak cerita hari ni. Gua nak cerita pasal kakak angkat yang berada di Tanta,Mesir yakni di tengah kawasan rusuhan. Beliau melaporkan bahawa kereta kebal sana sini dan bom meletup bagaikan perkara biasa. Korang kenal tak siapa dia kakak angkat gua ni?

Nama dia Qamarina. Korang kenal tak?

Mesti payah kan hidup dalam ketakutan. Diselubungi tembakan dan bom setiap waktu. Memang sekarang beliau berada dalam keadaan darurat. Mungkin ini cara Allah untuk menguji iman mereka dan tunjukkan kepada mereka perasaan warga Palestin. Kerajaan Malaysia juga bertindak agak lambat dalam hal ini. Tindakan kerajaan ini mungkin menyebabkan trauma selamanya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang diselubungi ketakutan. Tapi syukur kerana kerajaan telah menghantar pesawat dan kapal untuk mengambil pelajar Malaysia di Mesir. Mengikut perancangan, pesawat akan ke tempat rusuhan manakala kapal akan ke perairan Jeddah. Semua pelajar Malaysia akan dikumpulkan di Jeddah sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kepada kak rina, semua rakan blogger doakan semoga akak dan rakan seperjuangan selamat kembali ke Malaysia. Kami semua tahu akak juga takut apabila berada dalam keadaan darurat,jadi pesanan saya kepada akak, be prepare for the worst. Kita tak tahu apa bakal berlaku kepada bantuan kerajaan Malaysia kerana kita hanya merancang. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan keadaan menjadi seperti sediakala.

P/S : Nanti bila kak rina dah balik Malaysia, gua akan buat satu blog review special untuk beliau.

9 comments:

hiro said...

emm.

Baby Kute said...

jangan dikenang yang jauh. doa der,doa.

Puteri Iqa Izyan said...

eh.mne dpt gmbr rina tuh?
huhu

adrinaqamarina said...

haha. kalau rina jadi iqa pon rina tekejut. mst orang ingat rina yang depan tu. hak3.

zul jadi paparazzi!

maseyh dik :)

Baby Kute said...

Kak iqa: salah satu kerja puaka adalah stalk gambar. hahaha

Kak rina : satu-satunya gambar yang dapat. nak letak gambar domo pun tak boleh juga

adrinaqamarina said...

a'a. kak rina pvtkan sume gambar kan. haha. :P

see usaha tangga kejayaan kan? :)

Baby Kute said...

haha. nak curi gambar pun susah. :D

platipus said...

amboi..kemain lagi dia risau kat kakak dia.

Baby Kute said...

Tips, jangan jeles sangat. Aku sayang kau gak. hahaha