Sunday, February 13, 2011

His-Story of Al-Baby Kute Parte Duo

Part 1

Lu percaya tak kalau suatu ketika dulu gua sangat putih? Putih melepak senang cakap. Kalau dibandingkan dengan antara putih salji dan putih bedak,muka gua waktu tu putih gula. Putih manis menawan lemak berkrim.

Tapi sekarang,ramai yang tak puas hati. Tiap kali tengok buku rekod pelajar, ramai yang cakap, 'baby,comel gile adik kau'. Cilakak. Tu gua la. Gua. Kenapa susah nak terima kenyataan yang itu adalah gambar gua sewaktu darjah 1? Mungkin dulu gua putih manis,sekarang coklat manis,tapi gua tetap manis bukan? grr.

Walau seputih mana dan secomel mana pun gua suatu ketika dulu,itu adalah masa silam. Percaya tak, rambut gua dulu panjang sampai ke bahu. Semua yang tengok gua akan tanya, 'Hang ni laki ka pompuan?' Sayew laki lew. Kawan gua pernah tanya bila nak gunting rambut, gua cakap lepas jumpa burung hantu nanti gua potong la rambut. Sekali lagi gua ulang. Burung hantu. Burung apa? Burung hantu. Burung apa? Burung hantu. Bukan burung Hang tu.

Kenapa gua mesti takut gunting rambut? Sebab waktu gua ikut abang gua gunting dulu,gua nampak pisau cukur tukang gunting tu terkena telinga abang gua. Terus fobia hidup. Setiap kali gua sampai tadika, mesti ramai yang mempersoalkan jantina gua.

Tapi ditakdirkan Allah, sebelum graduatenya gua dari alam pertadikaan, gua terjumpa seekor burung hantu sewaktu hendak balik kampung. Keesokan harinya, gua terpaksa gunting rambut dalam keadaan ketakutan.

Allah bersikap Ar-Rahman iaitu Maha Pemurah dan Ar-Rahim iaitu Maha Penyayang. Allah beri gua kesempatan untuk tengok burung hantu di depan mata. Lu pernah tengok? Allah juga suruh gua gunting rambut selepas tengok burung hantu sebab Allah tak nak tengok gua kena marah bila masuk darjah 1 rambut panjang.

Selain dari belajar sejarah, ilmu agama pun ada dalam blog gua. Tih tih tih

P/S : Berilmu jugak blog gua ni.

2 comments:

Unknown said...

hahaha..gua rasa,lu makin matang la derrr...

Ziro said...

sebab pe sis?