Tuesday, February 15, 2011

Mycobacterium Tuberculosis

Kredit untuk puan wikipedia dan datuk google

P/S : Hospital kerajaan mengesyaki gua memliki penyakit di atas. Jadi,gua sepatutnya dikuarantin ye dak? Kan bakal-bakal doktor sekalian?

Sunday, February 13, 2011

Kampung Aman Part 2

Lalat berterbangan,anak ayam berkeliaran. Aman. Burung puyuh berlari-lari di daun teratai. Sungguh kasihan,tak pandai terbang burung itu. Aman sekali kehidupan di kampung Aman.

Namun,keamanan kampung telah diganggu oleh laungan suara yang serak. Zaki berlari pantas mendapatkan punca suara itu. Zaki ternampak sepupu beliau, Aina, sedang lemas di dalam parit di sebelah rumah kampung itu. Zaki segera terjun bagi menyelamatkan sepupunya dari lemas.

Bijak,sungguh bijak. Zaki menggunakan jurus menyelam ke dasar tanah untuk mendapatkan sepupunya. Walaupun kedalaman parit itu hanyalah 90cm, ia agak tinggi kalau hendak dibandingkan dengan kanak-kanak berumur 3 tahun.

Aina berjaya dinaikkan. Mak Cik Neha, ibu Aina bergegas datang untuk melihat apa yang berlaku. Syukur juga Zaki pantas. Kalau tidak,mungkin Aina akan lemas. Aina pula meraung akibat kehilangan selipar beliau yang bertatahkan permata palsu. Walaupun palsu,di mata kanak-kanak itu ia adalah harta yang berharga.

Zaki terpaksa kembali menyelam untuk mencari kasut Aina. Air yang keruh tidak membantu sedikit pun penglihatan beliau. Kemudian Zaki terlihat sesuatu yang bersinar lantas mengambilnya sepantas kilat kerana beliau hampir kehilangan udara.

Kasut Aina berada di dalam perangkap ikan atau lebih dikenali sebagai bubu yang diperbuat daripada keluli lembut. Riak muka Aina yang masam tadi kembali jernih. Beliau segera ke bilik mandi sambil bernyanyi-nyanyi keriangan. Mak Cik Neha pula mengucapkan terima kasih kepada Zaki lalu mengambil selipar Aina ke bilik mandi untuk dibasuh.

Zaki keluar dari parit yang tidak dalam itu. Beliau mengambil segala peralatan elektronik yang telah ditinggalkan di atas bonet kereta tokwannya.

"Kah kah,jatuh parit." Suara Zamri kekal dikepala Zaki. Mesti beliau akan dikutuk abangnya jikalau Zamri ternampak Zaki berbasah lencun begini. Zaki segera ke tandas di luar rumah untuk menyalin jersi Harimau Malaya beliau dengan t shirt biasa.

Selesai menyalin pakaian, Zaki berbaring di atas tangga yang lebar dan luas sambil mendengar lagu XPDC. Akhirnya,beliau tertidur. Beliau membuta hanya untuk seketika hinggalah seseorang memanggil,

"Assalamualaikum,tuan haji,oo tuan haji." Laung seorang pemuda bermoto wave berwarna merah bersama kucing kesayangannya.

"Walaikumusalam" Jawab Zaki ringkas.

"Kamu cucu pak haji ye? Ini ada lauk aruh bahagian pak haji. Sampaikan salam saya pada pak haji ye. Assalamualaikum."

"Walaikumusalam. Innalillahwainnahilaihirajiun."

Serangan uppercut yang padu ditujukan kepada Zaki. Namun begitu, Zaki menangkis serangan abangnya dengan ilmu persilatan beliau. Ternyata mereka dua beradik bukanlah insan biasa. Si Abang mempunyai Taekwondo,Si Adik mempunyai Silat.

"HOI,mana ada orang meninggal" Tengking Zamri

"Ish abang ni,yang tadi orang tu cakap ada orang arwah kan?" Jawab Zaki perlahan.

"Hai la Zaki. Orang suruh balik kampung tak nak. Balik setahun sekali waktu raya je. Orang tu cakap hari ini ada orang aruh. Aruh tu maksudnya kenduri. Kau kena faham orang kampung bercakap bahasa tradisional bukan bahasa baku melayu. Kelakar betul adik aku sorang ni."

Tiba-tiba,terdengar bunyi tembakan dari celahan pokok kelapa. Beberapa ekor burung jatuh tersungkur menghadap tanah. Ayah Zaki dan Zamri mengambil burung itu lalu menyembelihnya. Tembakan yang dilepaskan oleh Encik Razman menggunakan senapang patah milik ayahnya sangat jitu. Encik Razman merapatkan ibu jari dan jari telunjuk beliau yang membentuk bulat sebagai isyarat seraya berkata "Lunch ni kita makan burung."

Zaki masuk ke dalam rumah dan dengan segera mengambil tuala untuk mandi. Bau badan beliau yang berpeluh pagi tadi bercampur pula dengan bau air parit adalah sangat tidak disenangi.

Bersambung~

His-Story of Al-Baby Kute Parte Duo

Part 1

Lu percaya tak kalau suatu ketika dulu gua sangat putih? Putih melepak senang cakap. Kalau dibandingkan dengan antara putih salji dan putih bedak,muka gua waktu tu putih gula. Putih manis menawan lemak berkrim.

Tapi sekarang,ramai yang tak puas hati. Tiap kali tengok buku rekod pelajar, ramai yang cakap, 'baby,comel gile adik kau'. Cilakak. Tu gua la. Gua. Kenapa susah nak terima kenyataan yang itu adalah gambar gua sewaktu darjah 1? Mungkin dulu gua putih manis,sekarang coklat manis,tapi gua tetap manis bukan? grr.

Walau seputih mana dan secomel mana pun gua suatu ketika dulu,itu adalah masa silam. Percaya tak, rambut gua dulu panjang sampai ke bahu. Semua yang tengok gua akan tanya, 'Hang ni laki ka pompuan?' Sayew laki lew. Kawan gua pernah tanya bila nak gunting rambut, gua cakap lepas jumpa burung hantu nanti gua potong la rambut. Sekali lagi gua ulang. Burung hantu. Burung apa? Burung hantu. Burung apa? Burung hantu. Bukan burung Hang tu.

Kenapa gua mesti takut gunting rambut? Sebab waktu gua ikut abang gua gunting dulu,gua nampak pisau cukur tukang gunting tu terkena telinga abang gua. Terus fobia hidup. Setiap kali gua sampai tadika, mesti ramai yang mempersoalkan jantina gua.

Tapi ditakdirkan Allah, sebelum graduatenya gua dari alam pertadikaan, gua terjumpa seekor burung hantu sewaktu hendak balik kampung. Keesokan harinya, gua terpaksa gunting rambut dalam keadaan ketakutan.

Allah bersikap Ar-Rahman iaitu Maha Pemurah dan Ar-Rahim iaitu Maha Penyayang. Allah beri gua kesempatan untuk tengok burung hantu di depan mata. Lu pernah tengok? Allah juga suruh gua gunting rambut selepas tengok burung hantu sebab Allah tak nak tengok gua kena marah bila masuk darjah 1 rambut panjang.

Selain dari belajar sejarah, ilmu agama pun ada dalam blog gua. Tih tih tih

P/S : Berilmu jugak blog gua ni.

Saturday, February 12, 2011

Kampung Aman Part 1



Anak kembar kucing bermain sesama sendiri,ikan puyu timbul tenggelam untuk menghirup udara segar. Tenang. Sang Murai meneruskan hobi manakala Sang Raja Udang bertenggek di dahan betik sambil menunggu brekfes. Tenang. Embun membantu pohon fotosintesis untuk terus bekalkan oksigen. Tenang. Ternyata, sememangnya keadaan di kampung serba serbi tenang.

Seruan azan menggegarkan medium-medium di udara yang kekal bergegaran sehingga sampai ke gegendang telinga Zaki. Lantas Zaki bangun walaupun dihasut oleh suara kecil untuk sambung tidur. Zaki menuju ke bilik air dan mandi dengan segera. Tak mahu membazir air katanya dalam hati. Membazir kan amalan syaitan.

Setelah selesai mandi, Zaki mengambil kain pelekat dan dengan pantas solat Subuh. Solat beliau sangat khusyuk kerana semua sepupu-sepupu beliau masih lena dibuai mimpi. Mana taknya, jam masih lagi menunjukkan 6.30. Memang waktu untuk tidur.

Usai solat subuh, Zaki tersenyum sinis melihat gaya tidur sepupunya. Bukan setakat kuak lentang,kuak dada,kuak singa laut mahupun kuak sotong jelas ternyata dalam bentuk tubuh badan mereka. Tiba-tiba, Zaki mendapat idea yang agak terkutuk. Beliau pun pergi ke bahagian kepala sepupu-sepupu beliau lalu menjerit

"Solat Subuh WOI!!!!"

Dengan kelajuan kilat, sebuah penumbuk hinggap di rangka kepala Zaki.

"Setan!!!Kau menjerit pepagi ni jadahnya? GRR"

"Nak kejut abang bangun subuh la. Tengok jam."

Rupanya Zamri,abang Zaki, telah menggunakan ilmu taekwondo beliau dan memukul adik kandungnya. Seperti tidak berhati limpa abang beliau. Lantas Zaki keluar dari rumah. "Gedik" kata Zamri ringkas.

Bunyi enjin EX5 jelas menghiasi kesunyian hening pagi itu. Tokwan Zaki baru pulang dari solat subuh berjemaah di surau. Rutin harian yang baik bagi warga emas yang taf membanting tulang setiap hari di bendang.

Zaki pergi mengambil beg beliau. Keputusan Zaki untuk menghirup udara segar di pagi hari terbatal.Mungkin pada pemikiran Zaki hirup udara segar tidak lengkap tanpa pecah peluh. Zaki memakai baju harimau malaya. Kemas. Beliau segera memakai gel agar rambut terpacak sepanjang aktiviti beliau nanti. Dengan RayBan Aviator baru beliau dan jam Samurai di tangan, Zaki pantas memulakan aktiviti merentas desa Parit Mat Ali.

Tidak lupa juga headphone Sony Ericcson beliau untuk menemani ketika berlari. Sekarang mungkin Zaki berlari solo dan berlari anak, tapi siapa tahu apabila suatu hari nanti tiba jodoh Zaki, dia akan berlari duo dan berlari bapa pula.

Zaki berlari perlahan. Beliau sedang menghayati bait-bait lagu maher zain yang telah menawan hati para gadis. Timbul sejenak persoalan di akal Zaki,mengapa maher zain yang botak itu digilai ramai? Sedangkan dia yang kacak dan mempunyai rambut cacak-cacak ni tak menjadi pujaan pulak. Mungkin beliau harus mengikut jejak langkah maher zain iaitu membotakkan kepalanya.

Jarum panjang terletak di angka 9 manakala jarum pendek di celah-celah angka 6 dan 7. Fajar sidek belum terbit. Begitu juga cik matahari. Anak-anak bintang pun masih samar-samar kelihatan. Sudah 2 kilometer berlalu sejak 10 minit tadi. Rekod yang agak baik untuk slowjog.

Tiba di hujung kampung, ada sesuatu yang menarik perhatian Zaki. Seorang gadis sama umur dengan Zaki berkebaya dan bertudung labuh. Simple dan kekampungan. Tapi sangat anggun dan mempersonakan. Hati Zaki tertarik. Dengan pantas Zaki berlari dengan steady ke arah gadis yang sedang menuntun basikal itu.

"Hai awak" Tegur Zaki

"Eh,awak siapa?" Terpinga-pinga jawapan gadis

"Nama saya Zulkhairy. Panggil Zaki. Nama awak?"

"Nama saya Azzahra. Boleh panggil Az je. Tapi ramai kawan panggil zahra."

Mereka berdua bersembang dengan rancaknya. Semakin bersembang semakin rancak. Kadang-kadang gelak ketawa memenuhi ruang angkasa. Riak muka selalu berubah-ubah bagaikan orang gila. Masing-masing bercerita tentang keluarga dan latar belakang.

Zaki menemani Az sepanjang perjalanan. Mengikut sumber yang dipercayai, Az baru sahaja balik dari pasar membeli ikan. Kebetulan pula terjumpa Zaki di laluan ini.

Setelah agak lama mereka berjalan, Zaki terdengar bunyi.

~Klepush~

Bunyi seperti dari rumah tokwannya. Zaki segera lari untuk mengenal pasti bunyi tersebut. Dari jauh, Zaki menjerit pada Az,

"Petang ni lepas asar jumpa di warung hujung kampung. Ingat,lepas Asar."

Tetiba,ada suara orang meminta tolong.

Bersambung~

Friday, February 11, 2011

Terima Kasih Part 1

No. 13
Jalan Pari
Taman Seri Tenggara
34200,Parit Buntar
Perak
Malaysia

9 Februari 2011

Budak,
Walaikumusalam warahmatullah. Mak cik sihat. Pak cik pun sihat. Kamu sihat?Keluarga kamu semua normal lagi ya? Nak cuba makan pakai straw?

Jangan nak formal-formal sangat buat ayat karangan budak darjah enam. Kejap, kau pakwe anak aku? Mustahil. Mana mungkin anak dara aku yang 'vogue' tu minat kat kau. Kau tahu tak, anak aku punya bibir merah macam delima merekah. Dan seperti yang kau cakap, dada mantap isipadu penuh terisi. Badan lentik dan bergetah. Dari kecik lagi mak cik ajar jangan lupa tutup aurat.

Kau jangan nak mengada panggil aku mak. Kalau SPM 2A2, anak nelayan hujung kampung pun belum tentu nak. Anak aku punya hantaran kurang-kurang 100k tau.

Budak,
Mak cik tak berapa percaya kau dengan anak mak cik berhubungan. Lagi-lagi bila kau cakap sejak dari bangku sekolah. Setahu mak cik, sekolah tu semua pakai kerusi. Mana ada bangku panjang lagi dah. Mak cik selalu terpaksa bawak anak mak cik pergi urut sebab dia selalu sakit dada. Mak cik ingatkan anak mak cik ni ada penyakit tak pun kurang subur, rupanya kerja kau ya puaka. Patut la bila mak cik tanya dia diam.

Kau dan anak aku saling menyintai? Kah kah. Muka kau macam Brad Pitt ke? Fizo Omar? Rosyam Nor? Pernah kau cermin muka kau tu? Dasar budak tak sedar diri.

Kau gila ke hape? Anak aku sekarang dah kerja la. Dah ada PHD dah pun. Sekolah asrama kejadahnya? Kau ni umur berapa tahun hah? Anak aku dah kaya raya. Kat aku pun dia beli Mercedes sebijik wokeyh.

Kalau setakat ada batin kau ingat boleh puaskan semua nafsu anak aku? 8 Nafsu lagi mana nak letak? Makan penampor jugak budak ni.
Mak Mertua kepala hotak kau,

Mak Cik

P/S : Apahal nama kau baby? Mak kau bagi nama elok-elok kau buang mana hah?Grr

Tuesday, February 8, 2011

Review blog sarang platipus

Hehe. nervous sebenarnya nak tulis pasal platipus sekor ni. Pasal dia la platipus pertama yang ada facebook dan blog sendiri. Jadi, jangan nak kutuk dia dalam rangkaian internet. Kalau pakai google chrome takpun firefox boleh la nak kutuk lebih-lebih.


Pernah lu tengok muka sebenar dia? Muka pakwe/makwe dia? Muka S A Y A N G dia? Mesti tak pernah. Tapi ramai yang dah tengok muka sebenar dan video si tips ni. Gua sebagai stalker tahap rendah agak ketinggalan dalam menjumpai muka sebenar dan jantina dia. Kalau ada 10 tahap, gua stalker level 3.

Tapi tiba suatu hari, gua terjumpa dalam blog tia. Dan platipus ni tak tinggi pun orangnya. Keh keh. Sekarang ramai yang dah tengok muka beliau dan video yang dirakam si gadis bunga shara. Mesti malu gila Si Platipus ni. Habis kantoi rahsia yang disimpan bertahun-tahun dari dunia blogging. Oke,gua tipu. Dia baru berblogging lebih kurang 4 bulan. Kira muda lagi la. Bukan remaja tau.

Sekarang gua masih siasat, siapa orang yang dimaksudkan dengan sayang tersebut. Kalau dulu dia ada watak sarang platipus, sekarang dia letak sayang. Adakah sayang itu sekadar watak rekaan atau memang kekasih beliau? Malas gua nak ambik port. Tidur lagi best.

Baby Kute berkuak lentang dulu... lolaa~

P/S: Ni zul yang suruh buat. Gua terpaksa. Grr

Surat untuk Mertua Part 1

Rumah Mak Cik
Alamat Mak Cik
Kampung Mak Cik
Poskod masih belum dikenalpasti
Negeri pun tak pasti
Malaysia

7 FEBRUARI 2011

Mak cik,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, mak cik. Mak cik dan pak cik sihat? Saya sihat alhamdulillah. Keluarga saya masih boleh makan pakai sudu dan garfu. Setakat ini, tiada sesiapa yang kronik sehingga makan guna tiub.

Tujuan saya menghantar warkah ini adalah untuk memberitahu mak cik bahawa sayalah orang yang anak dara mak cik dada mantap tergila-gilakan tu. Sayalah kekasih hati pengarang jantung buat anak dara mak cik. Mak cik kenal kan anak mak cik? Yang perempuan masih bersekolah tu.

Sebenarnya saya rasa tak selesa nak panggil mak cik. Sebab nanti mak cik akan jadi mak mertua saya juga. Jadi saya ingat nak panggil Mak sajalah. Boleh?

Mak,
Saya dengan anak mak ni dah lama berhubungan. Malah sejak di bangku sekolah lagi. Time kecik-kecik dulu kami selalu main jentik-jentik puting dada. Waktu tu anak mak ya allah perangai macam lelaki. Nasib baik kami belum mumayiz lagi waktu tu. Tapi sejak masuk sekolah menengah, dia dah bertukar menjadi seorang anak dara yang disegani dan diminati. Saya rasa bersyukur sangat sebab dapat berpasangan dengan anak mak. Rasa bagaikan lelaki pertama yang berjaya menikmati malam pertama.

Saya dan anak mak memang saling menyintai. Namun, kami tak pernah lagi buat kerja tak senonoh macam pasangan lain. Kami selalu pegang-pegang tangan sambil berjalan je. 

Saya tengah rindu anak dara mak seorang tu. Almaklumlah, beliau sekolah asrama. Berpendidikan tinggi. Tapi saya percaya cinta jarak jauh. Sebab tu saya ingat kalau anak mak balik saya nak ajak pergi katil terus. Main tindih-tindih pun best jugak kan? Tih tih

Baiklah mak, saya busy sekarang ni. Sampaikan salam kepada ayah dan cakap yang saya mungkin tidak akan dapat memberi kesenangan dengan wang, tapi batin saya kuat.

Menantumu yang dikasihi,

Baby Kute

Sunday, February 6, 2011

SAR

Kak rina sekarang dah pandai kacau pakai mesej. Walaupun tak paham laporan beliau tapi layan jugak. Kahkahkah

Saturday, February 5, 2011

His-Story of Al-Baby Kute Parte One

Mesti lu tak kenal sapa budak kute ni. Meh gua bagi profail sikit. Tinggi gua 90 inci, berat 90kg, hensem 90kali. Pernah menyertai dan menjadi presiden biro kaki ponteng sekolah se-malaysia. Hobi gua adalah pergi ke sekolah pada waktu petang dengan bertujuan selain dari belajar dan kawad kaki.

Sejak dari kecil telah diamalkan peminuman milo dalam botol susu. Berhenti minum botol susu pada umur 7 tahun sebab takut budak-budak lain cakap gua kaki botol. Sewaktu kecil, suka juga makan nestum walaupun sangat membenci oat. Amenda la suruh makan oat bajet nak suruh gua kurus, sedangkan waktu tu gua la paling kecil comel lote. Kurus tu memang first thing first.

Tapi selepas darjah 1, gua mula belajar erti makan melebihi satu pinggan. Atas dasar faktor tersebut, tiap kali gua makan gua akan teringat pesan cikgu tadika, lepas makan basuh pinggan. Eh, bukan tu. Walaupun nasi dah jadi bubur, kamu tetap kena makan. Ya, bubur dan nasi amat berbeza sedara-sedara semua. Gua sangat suka nasi akan tetapi membenci bubur.

Disebabkan kata-kata dari guru tadika gua itu, pernah sekali gua buat rusuhan dengan meletakkan bubur yang tak terusik bawah meja beliau. Kononnya, gua dah habis makan dah terus sambung belajar. (time ni tadika, rusuhan kanak-kanak)

Kalau pergi mana-mana kedai sekalipun, tak kiralah restoran mahupun mamak, tidak akan sesekali gua memasukkan sayur ke dalam mulut. Sangat anti dengan sayur dan buah.

Grr

*Kalau sempat gua tulis dekat tengah ni, maksudnya gua serius.

Juga tidak pernah mengamalkan pemakaian spender dalam kehidupan seharian sehingga hari ini. Mungkin untuk menghidupkan kekuatan batin untuk kebahagiaan isteri kelak. Kehkehkeh. Adik-adik boleh cuba amalkan sekarang,jangan lagi lima hari nak kahwin baru amalkan, tak mujarab.

Sangat suka menipu dalam kehidupan seharian. Kadangkala boleh mengelirukan diri sendiri dengan kebenaran dan penipuan memori. Kira macam kaki lipat jugak la. Tih Tih Tih (gelak baby gigi dua batang)

Sebab Gua Tak Pandai Kapel Sampai Sekarang

Assalamualaikum. Gua hari ni memang pesen takda kerja, ingat nak post something la. Saja menggedik nak speaking. Kehkeh.


Gua sebenarnya nak cakap gua belum pernah kapel dengan manusia yang berjantina perempuan. Sekarang, seorang pun tak mahu kat gua. Gua sebenarnya minat kat seorang perempuan ayu cantik cek mek molek. Tapi gua tak berani dekat dengan dia.

Gua pun sebenarnya nak jugak macam pasangan-pasangan lain yang wujud di muka bumi ni.Jeles gua tengok setat-setat kapel bermesra,sambut valentime, pergi date sana-sini. Pastu gaduh, kutuk-kutuk, maki hamun. Lepas tu break up, bercinta balik, putus lagi, bercinta balik. Last sekali comolot rebut secret recipe tanda kasih sayang yang true. Kehkehkeh.

Gua sebenarnya ada suka seorang perempuan. Tapi sayang seribu kali sayang, seribu kali satu seribu, dia terlalu baik. Gua dengan dia berbeza bagaikan kfc dengan mekdi. Sikap beliau yang cukup inesen telah menambat hati gua. Dengan pakaian yang sentiasa bertudung labuh dan berlengan panjang tutup aurat semua, mesti sejuk perut mak mengandung dia sembilan bulan. Oh ya,dia bakal ustazah.

Kalau nak dibandingkan dengan gua, memang tak boleh banding. Gua dah la luar dalam puaka, belum lagi campur minda yang jahanam. Kalau dia dengan gua kapel, maka rosaklah minda perempuan tersebut. Kahkahkah.

"Awak, saya memang sayang awak. Disebabkan itu awak, saya tak mampu memiliki awak. Kalau kita kapel pun, belum tentu kita boleh kahwin. Boleh jahanam masa depan awak. Jadi,cukuplah sekadar saya menggembirakan awak. Saya tahu ada yang lebih layak untuk awak."

***
Oke,dah habis dah beremosi. Sebenarnya kak rina nak tengok gambar makwe gua. Gua takut-takut gak nak letak almaklumlah kontroversi sekarang ni. Tapi kak rina punya pasal gua letak juga gambar beliau. Boleh la kak rina nak interview dia lepas ni.

Demand dia selalu mahal jadi gua tak mampu teruskan hubungan. Kahkahkah

P/S : Sebenarnya entri ni banyak perkataan sebenarnya.

P/S : Makwe gua pesan jangan letak link facebook beliau. Kahkahkah

Thursday, February 3, 2011

Kejadian di Mesir

Hola-hola semua. Apa khabar? Sihat alhamdulillah. Hari ni nak bercerita sedikit pasal Mesir. Tahu tak kat mana Mesir? Barat dari Malaysia. Selalu time kecik-kecik dulu pak cik kedai kopi pernah berpesan, "Jangan ikut perangai orang-orang barat tu. Semua shilake perangai.".

Sekarang lepas gua dah pandai belajar geografi, gua sedar bumi Anbia berada di sebelah barat. Jadi kenapa pak cik tu halang gua dari ikut perangai orang-orang Islam di negara yang pernah menjadi Empayar Agung Islam suatu ketika dulu?

Pada pendapat gua,pak cik tu makan garam dulu sebelum gua. Mungkin dia nak bagitahu bahawa bukan sahaja Islam di barat,tetapi Yahudi dan Nasrani juga turut berada di bumi Anbiya bekas Empayar Agung Islam tersebut. Mungkin sikap puaka mereka yang pak cik tu cuba halang dari gua belajar.

Sekarang sekali lagi Yahudi laknatullah bernawaitu puaka. Mungkin pada pandangan orang lain yang membuat rusuhan itu adalah kerja orang Islam atas dasar revolusi kerana mereka membenci Mubarak nirrojim tu, tapi waktu Islam sedang berterabur dan bergaduh sesama sendiri la kaum Yahudi membuka langkah. Mereka memecahkan balai polis, penjara, bakar lapangan terbang dan mengancam nyawa orang awam yang sedang bizi berevolusi.

Tapi sia-sia gua cerita pasal perkara di atas kerana tiada kena mengena lansung dengan apa yang gua nak cerita hari ni. Gua nak cerita pasal kakak angkat yang berada di Tanta,Mesir yakni di tengah kawasan rusuhan. Beliau melaporkan bahawa kereta kebal sana sini dan bom meletup bagaikan perkara biasa. Korang kenal tak siapa dia kakak angkat gua ni?

Nama dia Qamarina. Korang kenal tak?

Mesti payah kan hidup dalam ketakutan. Diselubungi tembakan dan bom setiap waktu. Memang sekarang beliau berada dalam keadaan darurat. Mungkin ini cara Allah untuk menguji iman mereka dan tunjukkan kepada mereka perasaan warga Palestin. Kerajaan Malaysia juga bertindak agak lambat dalam hal ini. Tindakan kerajaan ini mungkin menyebabkan trauma selamanya kepada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang diselubungi ketakutan. Tapi syukur kerana kerajaan telah menghantar pesawat dan kapal untuk mengambil pelajar Malaysia di Mesir. Mengikut perancangan, pesawat akan ke tempat rusuhan manakala kapal akan ke perairan Jeddah. Semua pelajar Malaysia akan dikumpulkan di Jeddah sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kepada kak rina, semua rakan blogger doakan semoga akak dan rakan seperjuangan selamat kembali ke Malaysia. Kami semua tahu akak juga takut apabila berada dalam keadaan darurat,jadi pesanan saya kepada akak, be prepare for the worst. Kita tak tahu apa bakal berlaku kepada bantuan kerajaan Malaysia kerana kita hanya merancang. Harap semuanya berjalan dengan lancar dan keadaan menjadi seperti sediakala.

P/S : Nanti bila kak rina dah balik Malaysia, gua akan buat satu blog review special untuk beliau.