Friday, January 14, 2011

Islam : Kehebatan Islam

Assalamualaikum

Kehebatan Islam? Berapa ramai yang tahu apa itu Islam?Perlukah gua terangkan Islam?
Gua yakin ramai readers di sini tahu apa itu Islam. Keh,bajet macam gua ada readers je. Ramai kenalan gua yang mengaku Islam, tetapi ISLAMKAH mereka? Setelah berani melanggar perintah Allah tanpa rasa kesal dan resah, berani lu mengaku Islam? 

Oke,abaikan perkara di atas. Gua nak terangkan pasal Islam. Definisi Islam ialah agama yang menyembah Allah sebagai Pencipta langit dan bumi, bulan dan matahari, malam dan pagi, kemarau dan salji, dan segala benda dari sekecil zarah sehingga sebesar matahari lalu mengawal seluruh alam tanpa bantuan makhluk lain dan teknologi.
Islam merupakan agama yang telah dilahirkan setelah Rasul Allah, Muhammad SAW,mendapat wahyu pertama lalu menjadi pesuruh Allah yang menyebarkan agama Islam walau seteruk mana sekalipun baginda di hina dan di cemuh. Baginda sanggup menggadaikan nyawa hanya untuk melindungi kesucian Islam. Oleh kerana Baginda Rasulullah adalah kekasih Allah, maka setiap perbuatan beliau adalah jihad yang membantu menyebarkan ajaran Islam.

Hidup ini ialah satu perjalanan, dan kita akan berhenti seketika di satu padang sebelum menyambung kehidupan abadi di tempat yang bahagia atau derita. Hanya umat Islam sahaja yang mampu meneruskan kebahagiaan hidup. Betapa hebatnya Islam.

'Islam greatness is big,huge,enormous,humongous,gigantic,titanic. undescribable.But not to mention the messenger who spread Islam, a person with great personality that not a person can match. And the book which was crafted flawlessly that will continue to exists until the end of time. The Almighty greatness to Allah who created all this by His power just for the human race to repent themselves.' -petikan dari neuron dalam kepala gua.

Jadi,marilah kita menuju ke kejayaan yang diberi kepada kita. Bukan setiap manusia mempunyai peluang tersebut.