Saturday, January 8, 2011

1st Day At School~

Huargh~
Bangun subuh mandi segala pastu solat then pergi sekolah. Hari first sekolah mesti ramai yang exsaited. Tapi bukan gua la. Gua paling malas pergi sekolah.

Dekat sekolah overall semua oke. Masalah pun belum sempat datang. Cuma gua mempunyai kekurangan daripada orang lain sebab belum beli buku tulis. Jadi gua diberi arahan oleh guru agar terus membeli buku dengan kadar segera sebelum disepak terajang oleh beliau.

Pada hari terbabit juga, gua terkejut melihat seorang rakan sekelas gua memakai vest pengawas pada hari pertama beliau walaupun beliau tidak pernah menjalankan tugas sebelum ini. Gua syak beliau ingin menjadi pengawas yang berkaliber pada tahun ini.

Seperti pada tahun-tahun lain juga, gua dimarah oleh guru walaupun tanpa sebab yang munasabah. Kemudian,lepak-lepak dalam kelas sewaktu cikgu tiada dan turun ke dewan untuk perjumpaan pengawas yang pertama dalam seumur hidup gua di sekolah menengah. Terus gua terbabit dalam arahan-arahan agar dipatuh. Kalau gua jadi pengawas maka tiadalah lagi rekod tak datang sekolah sebulan. Tiadalah lagi rekod kena marah dengan cikgu pasal tak siap kerja sekolah. Tiadalah lagi lambat ke sekolah sebab sakit perut. Dem.

Kemudian loceng balik rumah pun berbunyi. Semua orang berlari kegembiraan balik rumah kecuali gua. Dah la demam, balik rumah pula jalan kaki. Argh. Apasal gua pun gatal jugak nak buat entri pasal hari pertama kat sekolah? Bukan setakat gua, ramai lagi blogger-blogger yang berstatus pelajar membuat entri sedemikian. Malah,yang dah habis belajar pun masih buat entri sedemikian.

Pesanan dari ketua pengawas gua, hendaklah kamu pakai name tag yang keras dan bila dijentik bunyi tek tek. Gua tak paham mengapa bila dijentik ia berbunyi begitu. Adakah kerna faktor ia berada di dada? Hua hua hua.

3 comments:

Amir Syahir said...

keh2..lama xg sekolah..rndu!

Ziro said...

sekolah best bagi yang menghayati. bukan pada gua la. cis

aunty kodok said...

aku smpai tak pham ang post ap..