Sunday, January 30, 2011

Hai

Hai semua. Satu benda je gua nak cakap. Makwe gua call tadi. Oke,nafsu lapar dah membuak. Bai. Kahkahkah

Tuesday, January 18, 2011

Api Cinta - Part 2

"Mira,bangun Mira"


Mira seolah-olah mengenali suara itu. Suara lembut yang mendayu ke telinga sang dara. Terkenang akan nostalgia.

"Mira, kau tak boleh pergi Mira. BANGUN!!!"


"Abang?"


"Aku la Mira. Fiqa ni. Cepat bangun."


"Fiqa, aku dekat mana Fiqa? Apa yang terjadi? Kenapa ramai sangat orang dan bising? Aku nak tidor la demmit"


"Kau boleh tengok sendiri apa yang terjadi. Tidak perlulah aku menambah dukamu itu."


"API!!!??? Apa yang dah terjadi? Sapa yang buat ni semua? Hang tau tak bila ghumah ni terbakaq?


Tiba-tiba Mira berbahasa utara.

"Bukan nak tipu hang Mira, tapi aku pun duk tak tau sapa dia yang gatai tangan duk main ngan api ni. Rasa nak tampaq laju-laju ja. Seolah-olah kejadian 5 tahun lepas berulang."


"5 tahun lepas? Maksud kau bencana yang menyebabkan Malik lumpuh seumur hidup tu?"


"Ya, sewaktu Malik ditimpa tiang berapi sehinggakan badan mengalami bakar tahap ketiga. Kau juga perlu bersabar sebab yang terbakar itu adalah rumah kau, Mira."


"Rumah aku? Biar betul kau? Malik mana sekarang?"


"Malik? Bukan dia kat wad hospital semalam? Belum log out check out discharge lagi kan?"


"FIQAH!!! MALIK ADA DALAM BILIK SEJAK PAGI TADI!!! TAK DA ORANG PERASAN KA?"


"Fiqa, aku kena selamatkan dia. Dia lumpuh Fiqa. Tak mungkin dia boleh keluar sendiri."


"Jangan buat kerja gila Mira. Pintu rumah kau telah terhalang dengan kayu-kayu panas dan api yang marak. Tiada jalan untuk kau masuk dan keluar dalam masa yang singkat ni."


"Kau tahu kan yang Malik selamatkan aku dengan mengorbankan seluruh tubuhnya. Hanya satu pesanan aku pada kau Fiqa, tolong jaga mak dan ayah aku. Sampaikan pada mereka salam terakhir dariku dan minta maaf kepada mereka selaku wakilku."


"Apa kau merepek ni? Jangan harap aku akan lepaskan kau pergi membuang nyawa. Kau sahabat aku dunia akhirat la Mira."


"Kerna kita bersahabatlah aku tinggalkan wasiatku yang terakhir kepada kau Fiqa. Jangan kau lupa sampaikan pesanan aku tadi. Maafkan aku Fiqa, ternyata api cinta aku pada Malik lebih kuat dari segalanya. Selamat tinggal sahabat"


Mira menyentap tangannya untuk melepaskan diri dari genggaman Fiqa. Mira terus melompat masuk ke dalam rumah melalui tingkap.

"MIRRRRRAAAAAAAAA!!!!!

Sunday, January 16, 2011

Api Cinta - Part 1

Dalam keheningan malam yang dingin~

"Lari!Lari! Rumah Pak Abu terbakar! Semua cepat keluar dari rumah!"

"Apa yang jadi Abu? Terjerit-jerit suara orang dari hujung kampung tu.Rumah kamu kawasan situ kan?"

"Entah. Hoi Leman, apa hal kamu berlari ke hulu-hilir bagai orang naik minyak? Apa berlaku di hujung kampung?"

"Pak A-A-A-Bu,R-r-rrrumah Pak Abu t-t-ter-er-"

"Ter ter. Ter apa Leman?"

"TERBAKAR PAK ABU"

*****

"Mira,bangun Mira."

"Siapa awak?"

"Saya Malik. Saya peminat awak la. Hehe"

"Saya kat mane ni? Kenapa panas sangat ni?"

"Kita dalam rumah api awak. Sekeliling awak ialah api yang marak."

"Awak,kenapa awak sanggup masuk ke sini hanya untuk berjumpa saya sedangkan saya tidak pernah kenal awak? Tidakkah awak panas dengan api yang sedang membara ini?"

"Mira,meskipun awak baru mengenali saya, tapi saya sudah cukup lama kenal awak sehingga cinta telah menusuk hati saya. Api dan kepanasan ini tidak akan mampu menghalang saya kerana api cinta saya lebih kuat dari segala-galanya."

Tiba-tiba, tiang rumah yang terbakar terus jatuh menimpa Malik dan Mira.

Bersambung...

Yang ni gua tulis 2 part so esok part last lah. Malas gua nak karang panjang-panjang.

Saturday, January 15, 2011

Islam : Kerana nikmat Allah

Air terjun

Bayi terbuang
Sampah
Bangkai kucing

Err. Macam ada yang tak kena. Ni sebab nikmat Allah ke sebab nikmat manusia? Atau gua salah tajuk?

Friday, January 14, 2011

Islam : Kehebatan Islam

Assalamualaikum

Kehebatan Islam? Berapa ramai yang tahu apa itu Islam?Perlukah gua terangkan Islam?
Gua yakin ramai readers di sini tahu apa itu Islam. Keh,bajet macam gua ada readers je. Ramai kenalan gua yang mengaku Islam, tetapi ISLAMKAH mereka? Setelah berani melanggar perintah Allah tanpa rasa kesal dan resah, berani lu mengaku Islam? 

Oke,abaikan perkara di atas. Gua nak terangkan pasal Islam. Definisi Islam ialah agama yang menyembah Allah sebagai Pencipta langit dan bumi, bulan dan matahari, malam dan pagi, kemarau dan salji, dan segala benda dari sekecil zarah sehingga sebesar matahari lalu mengawal seluruh alam tanpa bantuan makhluk lain dan teknologi.
Islam merupakan agama yang telah dilahirkan setelah Rasul Allah, Muhammad SAW,mendapat wahyu pertama lalu menjadi pesuruh Allah yang menyebarkan agama Islam walau seteruk mana sekalipun baginda di hina dan di cemuh. Baginda sanggup menggadaikan nyawa hanya untuk melindungi kesucian Islam. Oleh kerana Baginda Rasulullah adalah kekasih Allah, maka setiap perbuatan beliau adalah jihad yang membantu menyebarkan ajaran Islam.

Hidup ini ialah satu perjalanan, dan kita akan berhenti seketika di satu padang sebelum menyambung kehidupan abadi di tempat yang bahagia atau derita. Hanya umat Islam sahaja yang mampu meneruskan kebahagiaan hidup. Betapa hebatnya Islam.

'Islam greatness is big,huge,enormous,humongous,gigantic,titanic. undescribable.But not to mention the messenger who spread Islam, a person with great personality that not a person can match. And the book which was crafted flawlessly that will continue to exists until the end of time. The Almighty greatness to Allah who created all this by His power just for the human race to repent themselves.' -petikan dari neuron dalam kepala gua.

Jadi,marilah kita menuju ke kejayaan yang diberi kepada kita. Bukan setiap manusia mempunyai peluang tersebut.

Sunday, January 9, 2011

Hikayat Teorem Pithagoras Chapter 2

'Ye la. I la ni.' Kata Alya sopan. 'Lama betul I tak jumpa U kan Syaz.Rindu rasanya.' Syaz meragui apa yang dipantulkan retinanya. Jelas di hadapan beliau seorang gadis yang cantik mengenali beliau menegur seolah-olah mengenali dirinya untuk jangka masa yang lama.

'Alya?' Tanya Syaz yang masih terkejut.

'Ye la. Apakah kamu akan meragui kebenaran apabila ia datang di hadapan kamu wahai jejaka pujaan malaya Syaz? hikhik.' Ketawa Alya sopan.

'Tapi,bukan kamu study oversea? Bila balik sini?'

'Ya tak jadi la study oversea. Jauh sangat.'

'Oh begitu. Tak apa lah Alya, Syaz ada kelas ni. Pergi dulu ye'

~~~~~

'Brader,gua usha lu tadi sembang ngan awek bukan main lagi pakai bahasa baku. Baru first day takkan lu nak cucuk jarum dah kot? Asal nampak perempuan cun je lu terus sebat ek.'

'Roy,sejak bila lu pandai guna gua lu ni. Selalu jadi budak nerd sekarang tetiba nak jadi ala-ala bapa rock pulak.'

'Dah si Mimi tu minat rock. Gua kena la tukar imej bro. Baru naik market.'

'Malas aku nak layan kerenah kau ni Roy. Setakat kencing dalam semak lu panggil rock? Keh.'

'Syaz,kau ni suka mengungkit la. Tu citer lama bro. Sekarang gua berani la pergi jamban belakang rumah ok kau tu malam-malam. Grr'

'Kahkahkah. Orang lain berani kerana benar. Lu berani pasal kena kutuk. Apa de hal?'

'Kau Syaz memang sengaja nak menganjing ngan aku kan. Argh,pedulikan masa lampau itu,kau usha belum video baru RianaSweetGurlz97 tu?'

'Sapa pulak Riana ni? Jangan la mengarut kat aku hari pertama ni'

~~~~~~

'Auch'

'Kenapa Ari?

'Kaki saya terseliuh la Mimi. Saya rasa ada orang niat tak baik dengan saya ni'

'Kau ni Ari,percaya sangat dengan benda mengarut tu. Dah-dah,meh saya papah awak pergi ke kelas. Kalau lambat masuk kelas nanti kena marah pulak.'

'Baik betul la awak ni Mimi. Sayang awak.'

~~~~~

'Jadi itulah perempuan yang lu cer kat gua ye. Dia tidak tahu peraturan kita di kampus ini ialah tiada seorang pun awek yang tak cun boleh free hair pada hari pertama di kampus. Kita mesti jalankan hukuman.'

'Baik bos'

Bersambung...

Penjual Sayur : Gua plan nak update cerita ni tiap-tiap minggu,tapi pasal ada masalah sedikit chapter 2 ni gua terlambat update. 

Saturday, January 8, 2011

Warung King Episode 3

Facebook


Hiro : Cis,gengstarian akal tunjang makin tak aktif. Kena hasut lebih ramai awek-awek suruh join ni.

Qama : What'cha doin'?

Hiro : Stalking child virgins. Dalam bahasa melayu sekodeng anak dara.

Gua : 10 tambah 12 tolak 1 bahagi 3 tolak 100 tukarkan dalam bentuk pecahan kali 5 sama dengan 0. Patut la cikgu matematik selalu panggil gua genius.

Farah : LAKI!!!Buat apa tu? Dah habis brekpes belum?

Qama : sekodeng child dara la kak farah.

Farah : APA!!!?? LAKI! PERGI MASUK DALAM JAGA ICA. ICA CAKAP DIA NAK BELAJAR BERFACEBOOK TU. GRR.

Hiro : Ye sayang. Ica, mari dekat daddy cepat. Daddy nak ajar belahan ni.

Izyan : Assalamualaikum kak farah, lama betei tak singgah gerai akak ni. Akak sihat?

Farah : Eh,izyan, lama tak nampak kamu. Ke mana kamu menghilang?

Izyan : Study la kak. Tadi pun baru balik berjimba-jimba dengan akim. Janji dalam facebook dulu nak bawa dia pusing-pusing terengganu.

Akim : Dah bawa berjimba bukan nak beli ole-ole ke bagi kat aku. Kalau tak ada duit sangat ikan masin pun jadi la. Ini duit minyak pun aku kena tanggung. dem betei.

Izyan : Kira bagus dah aku bawak kau pergi masjid terapung. Kalau aku tinggal kau sorang-sorang atas highway tu sapa nak jawab? Keh keh keh

Ica : Daddy,pelanggan dekat warung kita makin ramai la. Mami tak buzy ke?

Hiro : Ica sayang, jikalaulah pelanggan warung ini semakin hari semakin ramai, maka bolehlah dedi kumpul duit beli notebook kat ica sebijik. Tak payah ica nak ganggu dedi buat kerja dah.

Gua : Cis,mentang-mentang la gua kerja cuci kasut sebelah warung ni,sorang pun tak tegur gua. Grr.

1st Day At School~

Huargh~
Bangun subuh mandi segala pastu solat then pergi sekolah. Hari first sekolah mesti ramai yang exsaited. Tapi bukan gua la. Gua paling malas pergi sekolah.

Dekat sekolah overall semua oke. Masalah pun belum sempat datang. Cuma gua mempunyai kekurangan daripada orang lain sebab belum beli buku tulis. Jadi gua diberi arahan oleh guru agar terus membeli buku dengan kadar segera sebelum disepak terajang oleh beliau.

Pada hari terbabit juga, gua terkejut melihat seorang rakan sekelas gua memakai vest pengawas pada hari pertama beliau walaupun beliau tidak pernah menjalankan tugas sebelum ini. Gua syak beliau ingin menjadi pengawas yang berkaliber pada tahun ini.

Seperti pada tahun-tahun lain juga, gua dimarah oleh guru walaupun tanpa sebab yang munasabah. Kemudian,lepak-lepak dalam kelas sewaktu cikgu tiada dan turun ke dewan untuk perjumpaan pengawas yang pertama dalam seumur hidup gua di sekolah menengah. Terus gua terbabit dalam arahan-arahan agar dipatuh. Kalau gua jadi pengawas maka tiadalah lagi rekod tak datang sekolah sebulan. Tiadalah lagi rekod kena marah dengan cikgu pasal tak siap kerja sekolah. Tiadalah lagi lambat ke sekolah sebab sakit perut. Dem.

Kemudian loceng balik rumah pun berbunyi. Semua orang berlari kegembiraan balik rumah kecuali gua. Dah la demam, balik rumah pula jalan kaki. Argh. Apasal gua pun gatal jugak nak buat entri pasal hari pertama kat sekolah? Bukan setakat gua, ramai lagi blogger-blogger yang berstatus pelajar membuat entri sedemikian. Malah,yang dah habis belajar pun masih buat entri sedemikian.

Pesanan dari ketua pengawas gua, hendaklah kamu pakai name tag yang keras dan bila dijentik bunyi tek tek. Gua tak paham mengapa bila dijentik ia berbunyi begitu. Adakah kerna faktor ia berada di dada? Hua hua hua.

Selamat Tahun Baru


Pom Pom Pom. Bunyi mercun menghiasi ruang segenap angkasa. Kegelapan malam disinari oleh cahaya berwarna-warni. Keriangan jelas ternyata di wajah kanak-kanak dan semua lapisan masyarakat.

Itulah kesinambungan apabila masuknya tahun baru. Walaupun chelsea ke laut,the gunners seri dengan bandar manchester,walaupun loserpool kekal sebagai loser,walaupun mu tengah bertakhta, ia tidak sama sekali menghalang gua dari mengucapkan selamat tahun baru.

Sudah sinonim pada tahun baru pastilah manusia atau mungkin haiwan bernama azam akan popular. Azam atau dalam erti kata lain impian adalah sesuatu yang sukar dicapai. Jangan ingat lu orang ja ada azam. Malah even mat-mat rempit or mat geli ada azam.

Azam mat rempit : Tahun ni gua nak mati katak depan dataran merdeka time sambut merdeka. Baru nampak macam hero kampung.

Azam mat kereta : Spoiler tahun ni gua nak tukar warna kelabu taik anjing. Baru senang nak menganjing. Keh keh keh.

Azam mat stalker : Gua tahu selain pesbuk,banyak lagi gambar-gambar awek cam whore dalam mespes,tek,dan tuiter.

Azam mat ustaz : Penuhilah tahun ini dengan ucapan-ucapan kesyukuran kepada Allah. Janganlah sia-siakan masa yang tinggal ini.

Erk,sebak jap baca azam mat ustaz.

Jadi,seperti semua mat-mat di sini,gua juga mempunyai azam yang baru. Tetapi azam gua lebih kepada dunia berblogging. Gua ingat nak buat bloglist panjang berjela supaya dapat berkenalan dengan lebih ramai blogger. Berkenalan sesama blogger lebih baik dari ayat I polo u polo me bek. Kalau u tak polo i unpolo. Kejadah apa ayat gini? Dem.

Jadi gua nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua rakan yang mengenali, yang tak kenal, bakal-bakal awek dan bini gua, dan bakal bapak dan mak mertua gua dengan harapan agar gua kawin nanti lu sapot ok? Keh keh keh

Saturday, January 1, 2011

Khas kepada Puteri Iqa Izyan

Assalamualaikum
Salam sejahtera
Salam 1 Malaysia


Jadi tujuan gua pada hari yang mulia ini adalah untuk membuat satu entri kepada kakak angkat ku Cik Iqa.Kenal Cik Iqa?Yakni Cik Puteri Iqa Izyan,kenal tak? Kalau tak kenal bagus. Kuikuikui

Meh sini gua cer sikit pasal kak iqa sorang ni. Nama beliau sudah tentu la puteri iqa izyan. Gua syak kak iqa ni asalnya puteri bunian pasal beliau tiada kena mengena dengan raja. Nama sebenar beliau adalah dirahsiakan sebab gua pon tak tahu sebenarnya. Beliau berumur 20 tahun. Tetapi dalam blog beliau tulis berumur 21 tahun. Mungkin beliau sudah sedar beliau tua atau mungkin beliau nak gatai nak kawin cepat. Nak rasa malam pertama agaknya.

Kak iqa asal orang ganu. Jadi memang banyak la aok-aok kat sana sebagai admire kak iqa. Dan sudah tentu tanpa syak wasangka lagi kak iqa suka makang ikang kering. Penyung kering pung diang pernahng makang agaknyang. Kak iqa adalah anak yang ke bongsu dalam keluarganya. Beliau tidak pernah mempunyai adik. Beliau hanyalah mempunyai abang yang selalu membuli. Ok,gua tipu. Kak iqa ada adik. Adik beliau hensem la jugak. 

Ok, kalau gua cer panjang-panjang pun lu tak baca juga. Jadi gua nak bagi no henfon kak iqa. Senang lu nak kontek. Lu ambik henpon, dail sembilan sembilan sembilan. Jangan nerbes, kak iqa belum jawab lagi. Nak bagi kak iqa jawab ada cara-caranya. Meh gua explain :

  1. Lepas dail akan ada seorang wanita yang akan jawab panggilan lu.
  2. Lu mesti berahi berani dan gagah untuk bercakap.
  3. Kemudian, cakap kod rahsia ini,'Roz,I nak U sambungkan henfon I kat Iqa sayang boleh?'
  4. Jikalau wanita itu letak,maka kak iqa pun akan letak. Tetapi jika wanita itu layan lu, layan la balik. keh keh keh.
  5. Dinasihati memakai telefon rumet lu.
Cukup la cerita tentang kakak kakak kakak kakak kakak iqa. Sekarang gita sambung dengan cerita azam. Siapa azam? Pakwe iqa kah? Bola sepak kah? Rojak kah? kah kah kah. Azam ialah satu nama seorang manusia yang hidup di muka bumi ini. Apakah kaitan azam dan iqa?

Call la kak iqa sendiri.


P/S:Kak iqa dah kurus la. :P