Tuesday, March 15, 2011

His-Story of Al-Baby Cute Parte Trio

Happy Father's DAY!!!

Terima kasih sebab jaga anakmu yang sangat nakal ini. Nasihatmu akan ku cuba turuti.



Kemain lagi selamat hari bapa. Ingat gua tak tengok kalendar ke? Hari ni baru bulan Mac atau lebih dikenali sebagai bulan 3. Tapi tak kan la waktu hari bapa je lu nak ucap selamat dan terima kasih. Sepatutnya bangun pagi,mandi siap pakai baju, sebelum keluar rumah salam cium tangan pastu ucap terima kasih. Kan ada ciri anak soleh gitu? Ye dak?

Dah terlanjur cakap pasal hari bapa baik gua cerita pasal bapak gua. Ayah saya, seorang guru yang berkaliber. Ayah saya adalah seorang guru yang bersarjana muda jurusan matematik. Peliknya, beliau tidak pernah mengajar subjek matematik pada anak muridnya kecuali saya dan adik beradik saya. Beliau hanya mengajar subjek sains menengah rendah terutama sekali tingkatan 3.

Sewaktu saya kecil dahulu,ayah saya kadangkala membawa saya ke sekolah beliau yang terletak di Tanjung Piandang. Sekolah beliau diberi nama SMK Raja Lope. Sila baca dengan bacaan raja lop. Jadi mengapa nama sekolah itu sedemikian? Maaf,saya tak kaji sejarah sekolah itu. 

Saya masih ingat lagi waktu kecil dahulu,ayah saya mengajar bab 4 sains tingkatan 3 di dalam makmal. Disebabkan bosan menunggu di dalam bilik persediaan makmal, saya terus meluru masuk ke dalam makmal tempat ayah saya mengajar. Di dalam makmal, saya tercengang malah terkesima melihat ketinggian pemilik baju putih dan kain biru. Ye, saya memang kenal baju dan warna waktu itu. Saya tidak pandang paras rupa atau saiz buah dada jantina. 

Disebabkan kanak-kanak kecil seperti saya sewaktu itu comel, maka terdengarlah suara sayu memanggil adik. "Adik... oo adik. Meh sini meh." Lebih kurang begitu. Tapi saya tidak pergi, sebabnya saya tahu ayah saya nak mengajar. Disebabkan saya tak paham sepatah pun yang ayah saya ajar sewaktu itu, saya pun berlari keluar dari kelas.

Fes time saya buat begitu membuatkan ayah saya risau. Mana tidaknya, apakah sebab tindakan seorang kanak-kanak berumur 3 tahun berlari keluar dari kelas? Bagi saya, saya bertindak begitu sebab tahap kebosanan yang meningkat. Jadi saya pun berlari ke kolam ikan. Malangnya, hanya air hijau yang bertakung. Ikan menyembunyikan diri di bawah jambatan di atas kolam tersebut.

Oke,rasa macam celaka pula main saya-saya ni. Tahu tak hari ini berapa hari bulan? Sila ke kedai buku dan beli kalendar sekarang. 

Gua sendiri pun terasa bagaikan jin rasuk bila cakap cenggini. Kbai


P/S : Lama gua tak update

P/P/S : Birthday bapak gua 10 hb Mac

P/P/P/S : Hai gadis cantik

No comments: